Sepatu Kegemaran Duchess of Cambridge - Glam Malaysia

Sepatu Kegemaran Duchess of Cambridge

These shoes are on sale now!

 

Foto: Getty Images

Apabila seseorang berkata tentang Kate Middleton, perkataan pertama yang akan terlintas ialah “fesyen”. Dari gaya peribadi beliau kian menjadi perhatian orang ramai, dari acara fesyen hinggakan ke gaya everyday beliau yang bersahaja tetapi tetap chic.

 

Kate sering menjadi inspirasi buat penggikut setia trend dan penggemar fesyen, terutamanya di kalangan fesyen yang lebih accessible. Oleh itu, ia tidaklah pelik jika gadis-gadis fesyen di luar sana mahu mencipta semula look yang digayakan oleh Kate dengan menggunakan alternatif yang lebih berpatutan.

 

Foto: Getty Images

Sejak kebelakangan ini, Duchess of Cambridge itu sering dilihat memakai sepasang kasut sneakers putih yang menjadi pertanyaan orang ramai akan jenamanya. Sepatu yang menjadi tanda tanya itu sebenarnya ialah dari koleksi Cotu Classic jenama Superga!

 

Foto: Getty Images

Mengikut lawan web jenama tersebut, koleksi tersebut direka dengan profil rendah dan boleh didapati dalam pelbagai warna menarik — Kate Middleton amat gemar akan yang putih! Harga sepatu kesukaan puteri tersebut juga amat berpatutan pada USD65 atau RM280. Terdapat beberapa pilihan lain juga jika anda tidak senang bersama kasut berprofil rendah.

See also
Gucci Musim Luruh 2016: Cipta Zon Bebas Kepada Wanitanya