Sepatu Boot Wanita Terbaik Untuk Musim Luruh & Sejuk

7 Sepatu Boots Bakal Breakout Pada Musim Luruh/Sejuk 2023 Ini

Pejam celik, sudahpun masuk musim fall/winter. Kali ini GLAM kongsikan sepatu boot wanita terbaik yang anda boleh cuba dalam penampilan.

Walaupun secara teknikal anda boleh memakai sepatu boot wanita pada bila-bila masa sahaja namun waktu musim luruh atau sejuk biasanya masa yang terbaik untuk memakai sepatu ini kerana ia bukan sahaja dapat membuatkan kita rasa warm, ia juga sangat chic!

Bahkan ada yang berpendapat almari musim luruh/sejuk tidak akan lengkap jika tiada sepatu boot kerana ianya selasa, serba boleh, kukuh, dan boleh dipakai dengan apa penampilan sekalipun.

7 Sepatu Boot Wanita Terbaik Fall/Winter 2023

Marilah kita semua mengucapkan sayonara yang kepada sandal dan helo kepada kasut boots yang lebih anggun dan lebih kukuh.

1. Lug Sole Boots

Boot ini sentiasa mendapat perhatian orang ramai kerana bentuknya yang tampak sangat powerful. Boot ini mempunyai tapak yang chunky, lug dan platform di bawah yang memudahkan untuk berjalan tanpa rasa sakit.
Ia juga menampilkan bahagian atas yang kalis air dan lapisan yang tegang untuk mudah dipakai, muat dan selesa. 
sepatu boot wanita

2. Fold Over Boots

Siluet high-fashion boot fold over ini adalah sangat funky dan juga kelihatan klasik. Anda mungkin pernah melihat sepatu boot wanita ini di seluruh tempat pada setiap tahun. Sekarang sudah kembalinya musim memakai boot dan anda mungkin akan melihat boot seperti ini lebih banyak pada musim Fall/Winter.

See also
Sentuhan Adi Busana Maison Margiela Oleh John Galliano

Untuk anda yang tidak biasa melihat dan memakai boot ini, boot lipat ini ia seperti anda memakai seluar kerana boot ini mempunyai lapisan fabrik tambahan yang melilit di sekeliling kaki anda sehingan buku lali.

sepatu boot wanita

3. Knee-High Heeled Boots

Knee-High Heeled Boot ini semakin popular dan digemari oleh orang ramai apabila selebriti seperti Taylor Swift dan Beyonce memakainya di konsert jelajah mereka yang baru-baru ini.

Gaya ini bukan sahaja akan memberikan anda retro vibes tetapi, ia juga menambahkan sentuhan feminine yang anda cari selama ini dan juga cukup selesa untuk dipakai sepanjang hari.

4. Cowboy Boots

Yee-Haw! Semestinya boot cowboy ini ada di dalam senarai kami! Melangkah ke musim fall/winter dengan gaya yang swagger yang sangat mengangumkan, boot ini pasti membuatkan anda tampak sangat bergaya. Walaupun boot ini datang dalam pelbagai warna dan gaya namun pilihan ton neutral sangat sesuai untuk gadis bergaya. 

Apa yang menarik tentang boot cowboy ini ialah ianya serba boleh kerana anda boleh memakainya dalam mana-mana musim. Ia boleh dipadankan dengan seluar jeans untuk penampilan kasual atau skirt atau pakaian untuk penampilan yang lebih formal.

See also
Karnival Fesyen Rio Di Pentas Innai Red

sepatu boot wanita

5. Ankle Boots

Tidak kira apa pun trend yang datang, ankle boot antara wardrobe staples buat penggemar fesyen. Ianya kerana sepatu boot wanita ini sangat klasik dan tidak pernah ketinggalan zaman.

Selain itu ankle boot ini sangat sesuai untuk dipakai kemana sahaja kerana ia memberi sokongan yang mencukupi. Kasut boot ini diperbuat daripada bahan tahan lasak dan berkualiti tinggi.

sepatu boot wanita

6. Pointed-Toe Boots

Pointed-Toe Boot akan menjadi sangat popular dan hangat untuk musim Fall/Winter 2023. Gaya kasut pointed-toe boot ini telah dilihat di seluruh fesyen runway pada tahun 2023 seperti Jimmy Choo mahupun Prada.

Ia merupakan berita baik bagi kaum wanita yang lebih suka memakai boot berbanding heels. Lebih-lebih lagi sepatu boot wanita ini adalah pilihan yang sempurna untuk gabungan sexiness dan comfort.

Boot ini sangat cantik jika dipadankan dengan skirt atau dress kerana ia membuatkan anda tampak sangat elegant.

7. Square-Toe Silhouette Boots

Square-Toe Silhouette boot telah wujud sejak dahulu lagi, terima kasih kerana jenama-jenama terkenal seperti Bottega Veneta, By Far dan lain-lain. Ia antara trend yang ramai jangkakan akan breakout dalam masa beberapa bulan nanti.

See also
KLFW RTW '17: FARAH KHAN

Pereka bentuk seperti Adam Lippes dan Jacquemus menggemari bentuk boxy dalam koleksi musim Fall/Winter 2023 mereka. Trend boot ini merupakan alasan yang cukup untuk dipanggil sebagai trend green-lit untuk musim hadapan.

sepatu boot wanita

Artikel Berkaitan : Urban Layering”, Ekspresi Utama Onitsuka Tiger Musim Luruh 2023