Sentuhan Magis Jimmy Choo Buat Perkahwinan Mewah Chryseis Tan

Sentuhan Magis Jimmy Choo Buat Perkahwinan Mewah Chryseis Tan

CEO kepada Berjaya Times Square, Chryseis Tan juga sering dikenali dengan gaya hidup mewah yang dikongsikannya melalui akaun Instagram, @chrystan_x, menjadi antara wanita berjaya di Malaysia yang sering dipandang tinggi oleh kaum wanita. Walaupun sudah sah bergelar suami dan isteri pada bulan Februari yang lalu, baru-baru ini Chryseis dan suaminya, SM Faliq Nasimuddin, telah meraikan cinta mereka dalam sebuah majlis resepsi yang dihadiri oleh saudara-mara dan kenalan rapat. Sepanjang kembara perkahwinan mereka ini, GLAM amat tertarik dengan sepatu yang dikenakan oleh Chryseis yakni hasil rekaan jenama terkenal, Jimmy Choo.

 

Bagi mengucapkan penghargaannya kepada 10 orang pengapitnya, Chryseis telah mengadakan sebuah bridal shower peribadi dan menghadiahkan mereka sepasang sepatu Jimmy Choo eksklusif untuk teman-temannya itu. Mereka juga merupakan antara golongan pertama yang menggunakan khidmat Made-To-Order yang diperkenalkan oleh jenama ini buat julung kalinya.

See also
Barisan Selebriti & Supermodel Ratapi Pemergian Pengasas Jenama Off-White, Virgil Abloh

 
[envira-gallery id=”81833″]

Kesemuanya telah memilih siluet klasik Jimmy Choo kegemaran mereka dan pada tapak setiap sepatu tersebut juga terpapar monogram “❤C” untuk mereka memperingati hari istimewa ini. Setiap sepatu ini juga merupakan 10 pasang pertama yang menggunakan material khas, Dusty Glitter Platinum, yang dijangka bakal ditawarkan kepada pihak umum menjelang September akan datang.

 

Chryseis sendiri mengenakan sepatu Cinderella oleh Jimmy Choo bertatahkan 7000 kristal Swarovski.

 

Gambar Jimmy Choo