Suatu kelainan di pentas Musim Bunga/Panas 2016 Dolce & Gabbana apabila peragawati melangkah keluar sambil menggenggam smartphone di tangan. Mereka kemudiannya berhenti di tengah pentas untuk mengambil selfie dan gambar tersebut terus dipaparkan di skrin dan seterusnya dimuat naik ke akaun Instagram Dolce & Gabbana.