Award season diteruskan lagi dengan 24th Screen Actors Guild Awards di Los Angeles, California untuk menyambut dan meraikan kejayaan individu dan juga projek filem dan TV yang telah menempa nama sepanjang tahun 2017. Seperti biasa, GLAM menyenaraikan dress dan gaun pilihan selebriti yang hadir untuk memeriahkan lagi acara. Kali ini, menyambung momentum yang dimulakan sewaktu Anugerah Golden Globe 2018, selebriti-selebriti wanita sekali lagi tampil dengan busana lebih berani dan megah yang dirancang dengan teliti untuk meneruskan usaha mereka dalam menarik perhatian buat gerakan Time’s Up yang dimulakan awal Januari ini. Klik seterusnya untuk melihat all of our favourite dresses!