Selebriti Hollywood Di Barisan Hadapan Minggu Fesyen Paris 2024

Selebriti Di Barisan Hadapan Pentas Minggu Fesyen Paris 2024

That’s a wrap! Minggu Fesyen Paris 2024 yang sudah berlangsung sejak beberapa hari yang lalu kini sudah sampai ke penghujungnya. Malah ramai selebriti Hollywood hadir untuk menyaksikan pentasan jenama yang terbesar di dunia seperti Dior, Chanel, Louis Vuitton, Saint Lauren dan banyak lagi. 

Seperti yang kita tahu, pertunjukan fesyen ini tidak akan lengkap dengan kehadiran pelbagai selebriti-selebriti yang terkenal di dunia. Dari 25 September hingga 3 Oktober 2023, bintang-bintang itu melangkah keluar dengan bergaya di Paris Fashion Week dengan pelbagai fesyen yang unik dan hebat.

Selebriti Hollywood Yang Hadir Di Paris Fashion Week 2024

Lihat selebriti yang hadir di Minggu Fesyen Paris tahun ini.

1. Paris Hilton dan Nicky Hilton

Selebriti hollywood yang hadir di Paris Fashion Week 2024 Paris dan Nicky Hilton

Adik beradik Hilton, menghadiri ke Minggu Fesyen Valentino dan menarik perhatian orang ramai dengan gaya seperti kembar. Mereka muncul dengan gaya fesyen yang sama dan matching. Paris dan Nicky dipanggil “Valentino Barbie Vibes” kerana memakai baju rona merah jambu serta rambut perang ponytails.

See also
Pertunjukan Jam Tangan Terbaru Ulysse Nardin

2. Zendaya

Selebriti hollywood yang hadir di Paris Fashion Week 2024, Zendaya di show Louis Vuitton

Zendaya kelihatan sangat stunning seperti princess dengan dress panjang rona putih head-to-toe di pertunjukkan Louis Vuitton

3. Camila Morrone

Camila Morrone antara selebriti Hollywood yang hadir di persembahan Chanel

Camila Morrone menghadiri pertunjukan Chanel semasa Minggu Fesyen Paris. Dengan memakai dress tweed rona hitam, dia kelihatan sangat feminine dan memukau.

4. Ellen Fanning

Elle Fanning selebriti Hollywood yang hadir di persembahan Alexander McQueen

Aktres popular ini memakai choker dengan pakaian ala korset ke pertunjukan fesyen Alexander McQueen pada 30 September di Paris.

5. Rose

Rose kelihatan sangat simple tetapi elegant dengan outfit yang dipakainya ke pertunjukkan Saint Laurent pada 26 September 2023. Baju unik yang dipakai oleh selebriti ini, dipadankan dengan seluar ketat, kasut tumit slingback dan tali pinggang.

6. Jenna Ortega

Selebriti Hollywood dan pelakon siri Wednesday, Jenna Ortega hadir di persembahan fesyen Dior

Bintang Wednesday menghadiri pertunjukan Pakaian Wanita Christian Dior untuk 2024. Dia kelihatan sangat fashionable dengan skirt pleated dan blazer yang sangat terletak.

7. Jennie

Duta Chanel iaitu Blackpink Jennie memakai baju yang bertekstur lembut dan estetika hiperfeminin dalam sut bulu mewah. Ia dihiasi dengan butiran seperti logo Chanel bersulam kecil dan tali pinggang mutiara. Dia melengkapkan penampilan dengan beg solek kecil dan but bulu.

See also
Kami Obses Dengan Gaya Baharu Michelle Obama!

8. Lucy Hale

Lucy Hale menghadiri di Minggu Fesyen Elie Saab dengan memakai dress rona hitam yang dipenuhi dengan lace bercorak bunga hitam.

9. Yara Shahidi

Hadir di Musim Fesyen Dior dengan memakai kemeja kolar terbuka rona putih Yara Shahidi dan skirt sutera oren yang menarik perhatian menunjukkan bahawa dia cukup kelihatan bergaya.

10. Barbara Palvin

Selebriti Hollywood dan model terkenal Barbara Palvin hadir di persembahan fesyen Vivienne Westwood

Barbara Palvin menghadiri pertunjukan Andreas Kronthaler untuk Vivienne Westwood semasa Minggu Fesyen Paris pada 30 September 2023. Dengan memakai bustier yang kelihatan feminine bersama skirt rona biru yang bercorak, Barbara kelihatan sangat anggun.

11. Penelope Cruz

Aktres ini kelihatan sangat anngun dengan memakai baju dan skirt butang rona putih di pertunjukan Chanel pada 3 Oktober di Paris. Outfit ini lengkap dengan tas tangan kecil rona putih yang juga dari jenama Chanel.

12. Cate Blanchett

Pemenang Oscar iaitu Cate Blanchett memakai sut khas rona hitam dan merah yang juga mempunyai cape dibahagian belakang. Dia kelihatan sangat elegant dengan outfit ini.

See also
Empat Trend Wajib Cuba Dari Pentas Chanel Cruise 2024

13. Maisie Williams

Maisie Williams menghadiri pertunjukan Coperni semasa Minggu Fesyen Paris pada 29 September 2023. Dia kelihatan sangat fashionable dengan blazer baggy bersama but hitam paras lutut.

14. Lisa Renna

Lisa Renna tampil ke pertunjukkan Victoria Beckham dengan satu set outfit rona putih bersama baggy blazer dan skirt pendek yang terbelah di bahagian tengah. Outfitnya kelihatan sangat bergaya dengan kaca mata besar rona hitam.

15. Emily Ratajkowski

Model dan selebriti Hollywood terkenal, Emily Ratajkowski menghadiri pertunjukan Loewe dengan memakai dress rona merah yang terbelah hingga ke paras peha. Dia kelihatan sangat seksi dan anggun.

Artikel Berkaitan : Selebriti Di Barisan Hadapan Pentas Minggu Fesyen Milan 2024