Selebrasi Musim Panas, Kate Spade New York Sambut Koleksi Penuh Warna - Glam Malaysia

Selebrasi Musim Panas, Kate Spade New York Sambut Koleksi Penuh Warna

KATE SPADE NEW YORK MERAYA MUSIM PANAS DENGAN KOLEKSI YANG SEGAR DAN PENUH WARNA, DENGAN MOTIF DAN BUTIRAN YANG MEMANCARKAN KEBAHAGIAAN. TAWARAN AKSESORI TERBAIK MUSIM PANAS. 

Playful and fun! Rangkaian koleksi kali ini menampilkan koleksi klasik yang dipadukan dengan perincian tak terduga dan twist baharu untuk desain timeless. Alihkan pandangan pada suasana bercuti di kawasan pantai, mahupun menerokai taman atau kebun buah yang indah juga nyaman mata memandang. Material khusus musim panas, warna-warna pop, dan motif playful juga membentuk koleksi kali ini. Warna kuning matahari dan pink terang, polka dot, dan pelbagai lagi, memberikan semangat baru bagi penggemar Kate Spade New York untuk merayakan gaya sehari-harian mereka. 

BEG TANGAN & AKSESORI KULIT

Variasi beg tangan yang menarik dan unik sekali rekaannya. Yang cukup sempurna mencetus obsesi baharu terutamanya buat pencinta aksesori. Perihal beg musim ini direka dengan motif dan siluet reka bentuk baharu yang menyimbolkan stail musim panas. Kate Spade Cabana hadir dalam rupa beg tangan dan rangkaian aksesori lain. Beg tangan dan aksesori kulit musim ini telah diolah semula dengan inspirasi baharu berteraskan fabrik klasik yang Kate Spade sukakan, seperti straw sulaman tangan, quilted, rafia dan kanvas. 

See also
GLAM Heart: Because We Care

Gracie-tas tangan dilengkapi pemegang rotan dengan kemasan kulit yang licin dan lembut. Beg Meringue juga antara aksesori yang wajib dimiliki. Punya stail yang tersendiri. Hadir dalam rupa bucket saiz medium dan silang saiz mini, tambahan baharu yang tentu sahaja menyerlahkan penampilan sepanjang musim panas. 

Spade Flower Jacquard yang klasik telah dikemas kini dengan sulaman limau sebagai tanda penghormatan Kate Spade kepada Squeeze. Terdapat dalam bentuk tote mini Manhattan, tote Market dan Sinch bucket beg. 

Rangkaian beg Voyage telah dipelbagaikan, misalnya dengan balutan kulit bertekstur, tote kerja, dan pemegang atas yang kukuh. Ternyata direka untuk menghidupkan kembali semangat positif Kate Spade New York yang beridentiti dengan selebrasi, gaya yang blod, dan penuh semangat kebebasan. 

Beberapa beg lain yang sewajarnya diberi perhatian, seperti rangkaian Knott, Roma, Sunkiss, dan Squeeze yang selaras dengan kemahuan wanita masa kini. 

Artikel berkaitan: Moschino X The Flintstones, Elemen Bernuansa Pop