Pesona Energik Armani Exchange Untuk Musim Baru - Glam Malaysia
Pesona Energik Armani Exchange Untuk Musim Baru

Pesona Energik Armani Exchange Untuk Musim Baru

ARMANI EXCHANGE MENYINGKAP PENAMPILAN SANTAI NAMUN STYLISH UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2023. UNTUK KEMPEN TERBARU, JENAMA TERSEBUT MENGAMBIL BERKAT PESONA ENERGIK MODEL YANG MEWAKILI SEMANGAT PARA GENERASI MUDA.

Armani Exchange telah melancarkan kempen baharu sempena menyambut ketibaan musim bunga/panas 2023. Menggariskan semangat jenama unggul streetwear tersebut menyingkap tema “We Beat As One” yang dengan jelas dan nyata merangkumi nilai dan keunikan jenama tersebut. Satu ekspresi tenaga yang hebat, pergerakan dan gaya yang mendatang. Hadir bersama dalam satu rentak. 

Dirakam di studio oleh Drew Vickers, visual kempen membayangi warna putih dan cahaya yang terbias secara bersamaan pada bahagian belakang. Bersama barisan model yang bervariasi rupa dan inklusif. Setiap model hadir dirakam ada secara solo atau berpasangan. Menangkap pose dinamik seperti gerakan menari dan kebebasan bergerak yang berpadu dengan pakaian pilihan tanpa perbezaan gender. 

Mesej positif dan bertenaga juga mengilhami penghasilan kempen video yang dirancakkan dengan muzik tema “My Heart Goes Boom” oleh French Affair, menepati tema yang cuba disampaikan Armani. 

See also
10 Gaun Terbaik di VMAs Sepanjang Zaman!

“My heart goes boom”…

Untuk musim ini, rentak muzik menjadi bunyi pengenalan untuk mengiringi pelancaran kempen dan koleksi. Muzik iringan merupakan hasil kerja oleh pereka Simona Argurio dan Riccardo Paparella, dan dianimasikan oleh pereka grafik Chiara Gucciardi dan Enrico Clementi. Lalu menterjemahkan estetika Armani Exchange dalam bentuk muzik yakni segera, minimal dan karakter diri yang kuat. 

Konsep musim ini merupakan salah satu bentuk strategi pembentukkan jenama besar tersebut, yang mana mempermudah A|X Armani Exchange untuk memposisikan diri mereka sebagai salah satu jenama streetwear terhebat.

Perihal rekaan pula, memberikan identiti berbeza pada setiap potongan, logo reflektif, poket yang ditempatkan di posisi betul, juga hadir di beberapa sudut pakaian demi proses gaya harian yang praktikal tanpa meninggalkan nuansa penuh gaya. 

Setiap rekaan direka dengan sempurna, secara teknikalnya koleksi musim ini melalui penelitian yang teliti dan perincian terhadap setiap material dan rekaannya demi memuaskan setiap pemakai. 

Artikel berkaitan: Emporio Armani Menuju Masa Depan Yang Lebih ‘SUSTAINABLE’

See also
Menarik Bulan Ini : RAEESA Cruise 2023 Juga Ainz & Tulpe