Setelah pementasan Burberry Prorsum bagi musim luruh 2014/2015. Arena fesyen kini sibuk dalam mendahului gaya bersama persalinan ponco monogram hasil sentuhan Burberry Prorsum. Lihat sahaja, ikon fesyen Olivia Palermo menyuaipadankan ponco monogram yang tertulis singkatan namanya bersama sepasang kasut but mencipta stail ringkas nan bersahaja. Ketahui siapa lagi selebriti tampil bergaya bersama item mesti miliki musim ini?