Percutian Musim Panas, Terokai Idea Gaya Dari Kate Spade New York
Bakal pergi melancong? Elevansi momen berjemur di pantai atau mana-mana destinasi hangat musim panas dengan ragam koleksi khas musim panas persembahan Kate Spade New York.
Setelah keadaan kembali normal, nampaknya semua mengambil peluang untuk pergi bercuti. Bersama keluarga atau teman-teman. Ternyata sekarang memang menjadi momentum tepat untuk kembali berburu asupan terik matahari dengan berpelesir ke pantai, misalnya.
Dan untuk melengkapi gaya selama menikmati indahnya momen sepanjang musim panas ini, rumah fesyen asal New York, Kate Spade New York memperkenalkan koleksinya terkinya khas musim panas.
Siluet dari koleksi kali ini memang terasa sangat ‘summery’, beberapa perincian khas pantai mulai dari gaun bermotif floral, dress berjalur, dan nuansa warna kuning terang tampak hadir menyemarakkan koleksi ini.
Untuk opsyen tampilan yang lebih chic lagi feminin, hadir pula kaftan dan aksesori beg lain hingga beberapa pilihan atasan serta topi-topi yang melengkapi penampilan.
Koleksi musim ini merujuk kepada simbol-simbol apik musim panas yang membangkitkan rasa nostalgia, selain keterujaan kala melancong. Misalnya, tapak sulaiman, kerang, batu karang dan beberapa khazanah laut lain. Corak jalur, ‘plaids’ dan bunga tropika ditampilkan semula dengan sentuhan yang lebih berani.
Terdapat rangkaian beg tangan Sam yang disuntik dalam warna-warna segar, mewujudkan stail musim panas yang lebih menyeronokkan.
Ya, tidak hanya melancarkan koleksi pakaian, Kate Spade New York juga memperkenalkan aksesori mulai dari kaca mata besar, topi crochet dan straw bags. Memberi idea gaya yang sempurna buat musim panas kali ini.
Menyentuh perihal beg tangan, terdapat pelbagai bentuk, warna dan inspirasi yang ditawarkan musim ini. Para wanita boleh memilih rekaan beg yang pelbagai, mengikut selera dan kemahuan tersendiri. Beg tangan Sam, rangkaian What The Shell, Spade Monogram dan Lemon Drop antara himpunan beg tangan yang menarik untuk dimiliki.