Kolaborasi Ekslusif Kasut Jennifer Lopez x Giuseppe Zanotti
A photo posted by Giuseppe Zanotti Design (@giuseppezanottidesign) on
Setelah hampir setengah tahun berita kolaborasi jenama kasut mewah Giuseppe Zanotti bersama Jennifer Lopez diumumkan, akhirnya sebuah klip ekslusif yang menampilkan rekaan kasut-kasut yang dihasilkan oleh dua individu berbakat ini telah dikeluarkan.
Dalam video itu tampaknya Jennifer Lopez dan Giuseppe Zanotti sedang berbincang mengenai perincian setiap kasut-kasut yang terdapat dalam klip video tersebut.
Seperti mana Jennifer menyukai hasil kerja mereka dan peluang untuk berkolaborasi bersama pereka tersebut, Giuseppe juga mengeluarkan pujian untuk Jennifer dalam satu kenyataan.
“Saya memang suka bagaiman Jennifer memakai kasut-kasut saya dan saya mengagumi gayanya. Lebih daripada seorang muse, Jennifer merupakan pasangan pereka yang hebat dan koleksi ini mewakili seorang wanita yang bertenaga, sensual dan sofistikated sepeti Jennifer sendiri.”
“Saya seperti wanita-wanita lain, suka akan sepasang kasut yang bagus. Sama ada saya berjalan di atas karpet merah, membuat persembahan atas pentas atau berjumpa dengan teman-teman, sepasang kasut menyempurnakan sesuatu gaya. Bersama dengan Giuseppe, kami menghasilkan kasut tumit tinggi feminin dan ultra-moden, flats yang seksi, dan juga sneakers berfesyen. Dan seperti yang anda boleh sangkakan, terdapat jumlah kilauan yang cukup [untuk kasut-kasut tersebut].”
Koleksi kasut Giuseppe Zanotti x Jennifer Lopez yang menampilkan gaya mereka berdua ini akan dilancarkan ke serata dunia pada 23 Januari ini.
We can’t wait!
A video posted by Giuseppe Zanotti Design (@giuseppezanottidesign) on