Nadia Nasimuddin Dan Kisah Girangnya

The Flavourful Journey Of Nadia Nasimuddin

DUNIANYA BERKISAR TENTANG EMPAT ANAK KECIL- AIDAN, TAHLIA, TARAA DAN TIA, MOMEN ROMANTIK BERSAMA SUAMI SERTA MEMBINA EMPAYAR SENDIRI YANG MEMBERI KEGIRANGAN KEPADA SEMUA. SETIAP KALI BERBICARA TENTANG TUNJANG HIDUPNYA INI, PASTI SENYUMAN TERUKIR MANIS PADA WAJAHNYA. NADIA NASIMUDDIN BERKONGSI APAYANG MEMBAWA KEBAHAGIAN KEPADANYA SEKARANG.

pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang fesyen JOHAN KASSIM pengarah seni kanan AMIRUL ARIFIN
gambar CHEE WEI solekan SAHIR SABRI dandanan JUNO KO teks MARINI M. ZAIN pelatih amali SYAHIRAH HUSSAIN busana & aksesori LOUIS VUITTON

Ketika menunggu sesi fotografi bermula, seorang wanita kecil molek muncul. Nadia Nasimuddin duduk di kerusi, menyapa dengan senyuman paling ceria. Apabila ditanya, apa paling menggembirakan hari ini, pantas dia menjawab. “Pagi ini saya memakaikan anak-anak ikut karakter buku sempena Minggu Buku di sekolah mereka. Seorang jadi Peter Rabbit, seorang lagi Diary of a Wimpy Kid.” Ketika itu matanya bersinar-sinar. Terserlah kegembiraan di wajah. Paling mencabar di dalam kehidupan hari ini adalah membesarkan anak. Banyak perbezaan cara ibu membesarkan kita, berbanding kita membesarkan anak-anak sendiri. Sementelah gaya hidup masyarakat kini.

See also
Imej Baru Sienna Miller

nadia nasimuddin

Banyak perlu dititikberatkan terutama perancangan bagaimana mahu mendidik mereka. “Saya lebih selesa anak-anak membesar mengikut kemahuan mereka sendiri berdasarkan minat dan keinginan mereka. Saya tidak akan memaksa anak-anak,” tegas Nadia lagi. Hari ini rutin hidupnya tiada perbezaan. Enam pagi dia sudah bangun memulakan senaman. Mendisiplinkan diri bersenam lima kali sehari itu pasti dicemburui ramai wanita. Kemudian dia menyiapkan anak-anak dan hantar mereka ke sekolah. Pulang kerja dalam jam lima atau enam petang. Ketika itulah waktu dia menghabiskan malam bersama keluarga. Melayan keluarga bermula di meja makan sehinggalah sebelum anak-anak masuk tidur jam lapan setengah.

Baca lanjut dalam GLAM Mei 2023

Artikel Berkaitan: Positively Beautiful: Eyka Farhana