Most GLAM 2021: Jane Chuck - Glam Malaysia

Most GLAM 2021: Jane Chuck

BUAT JULUNG KALINYA, MOST GLAM DAN ALPHA MEN DIPERTONTONKAN SEKALI DALAM SATU LEMBARAN. JANE CHUCK ANTARA 10 HIGH ACHIEVERS BAWAH 35 TAHUN YANG MENYALAKAN OBOR BAHARU GENERASI SEKARANG. BIJAK MENGGALAS TUGAS MASING-MASING DENGAN STAIL CUKUP JITU.

JANE CHUCK, 29 – BINTANG MEDIA SOSIAL & USAHAWAN

 

Most GLAM adalah keyakinan yang ada dalam diri seseorang.

 

Projek terbaharu?

Saya akan melancarkan produk terbaharu Chuck bulan ini. Juga koleksi terbaharu Motherchukers dan juga rangkaian Hejau.

 

Apakah yang anda paling suka mengenai karier anda?

Karier ini sentiasa membuat saya mencabar sempadan, dan ia menjadikan saya lebih matang dan dewasa. Saya pasti diri saya yang dulu tidak dapat membayangkan apa yang kecapi sehingga hari ini.

 

Apakah erti kejayaan pada kamu?

Kejayaan pada saya apabila saya mempunyai suara dan kawalan dalam kehidupan, dan mampu membuat keputusan untuk diri sendiri

Cabaran yang anda lalui ketika pandemik ini?
Saya sering kekeringan idea kerana selalunya saya akan mendapat inspirasi daripada energi orang sekeliling dan juga persekitaran.

See also
Suitcase Secrets

 

Stail peribadi anda?

Saya tidak hanya mempunyai satu stail sahaja. Stail peribadi saya bergantung kepada mood yang saya rasa ketika itu.

 

PENGARAH KREATIF: AIZAT AIDID, KHAIRUL ABIDIN & NISA HALID PENGARANG FESYEN: JOHAN KASSIM PENGARANG GAYA HIDUP: MUZAMMIN MUZLAN PENGARANG RENCANA: ZUHAIRIE SAHROM PENGARANG KECANTIKAN: JULIA AZMAN PENGARAH SENI KANAN: AMIRUL ARIFFIN GAMBAR: CHEE WEI SOLEKAN: KF BONG & SAHIR SABRI MENGGUNAKAN GUCCI BEAUTY DANDANAN: JUNO KO BUSANA: GUCCI

 

Baca lebih lanjut: Most GLAM 2021: Nelydia Senrose