Momen Fesyen Ikonik Kumpulan Wanita Global Katseye - Glam Malaysia

Momen Fesyen Ikonik Kumpulan Wanita Global Katseye

Katseye bukan sekadar kumpulan pop baharu, tetapi kumpulan global ini mempersembahkan fesyen sebagai medium ekspresi identiti, budaya serta keberanian sebagai manifestasi visual era baharu buat girl group.

Dalam era di mana fesyen dan muzik tidak lagi bergerak secara berasingan, kumpulan pop global Katseye muncul sebagai blueprint baharu untuk gaya kumpulan wanita generasi kini. Sejak kemunculan mereka pada 2023, enam gadis muda ini bukan sahaja mencuri perhatian melalui muzik mereka yang berani dan bertenaga, tetapi juga menerusi estetika fesyen yang tajam dan penuh karakter. Di bawah pengawasan kreatif Humberto Leon, pereka fesyen terkenal dan juga pengasas Opening Ceremony, Katseye menampilkan keseimbangan yang jarang berlaku. Di mana, koordinasi gaya yang padu, sambil mengekalkan identiti individu yang tersendiri ternyata menjadi bualan. Oleh itu, GLAM kongsikan lima momen gaya paling ikonik Katseye setakat ini.

Gaya Ikonik Katseye Menjerit Fesyen Generasi Era Kini

1. Denim Dreams in Gap

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gap (@gap)

Gabungan Katseye dan jenama klasik Gap mencipta ledakan budaya pop. Iklan ini bukan sahaja menjadi hit, tetapi koreografi tangkas dan irama segar menjadi medan pamer gaya denim yang bersifat peribadi. Manon tampil dengan bralet denim yang memperlihatkan manik pinggang asal Ghana, sementara Lara memakai bindi dan perhiasan emas warisan neneknya. Ia membawa sentuhan budaya yang halus namun signifikan. Buat ahli lain, Daniela memilih siluet bebas dengan jeans longgar untuk menonjolkan pergerakan, manakala Yoonchae kekal dengan estetika minimal dalam jaket moto dan denim tirus.

See also
5 Gaya Gaun Pengantin Sebenar Di Permaidani Merah

2. Scarlet Fierce Di Lollapalooza

Di pentas Lollapalooza Chicago, Katseye menyarung busana kulit merah menyala yang cukup terang seolah membawa. Dihiasi butiran logam, tassel dan stoking paras lutut, penampilan mereka ini menyerlahkan sisi garang dan tegas mereka. Ia bukan sekadar busana pentas, tetapi menjadi perisai fesyen yang menyalurkan tenaga dan karakter mereka ke hadapan penonton.

3. Festive Glam Di Jingle Ball

Katseye menyuntik semangat perayaan ke pentas iHeartRadio Jingle Ball dengan busana merah berkilau yang diinspirasikan oleh Anna Sui era Y2K. Dengan hiasan bulu dan potongan mini, penampilan ini seperti versi rockstar dan matang kepada pakaian “Jingle Bell Rock” ikonik dari filem Mean Girls.

4. Boho Chic Di Wango Tango

Gaya bohemian serba putih rekaan Gigi Goode membuktikan versatiliti kumpulan global ini. Potongan longgar dan rona neutral membawa kontras lembut kepada gaya pentas mereka yang lazimnya keras dan berstruktur. Fabrik mengalir yang digunakan memberi penekanan kepada pergerakan, menjadikan mereka tampak seperti menari di atas angin.

See also
GLAM x COACH 2017

5. Off-Duty Uniforms

Saat di luar pentas, Katseye kekal menawan. Tracksuit ala Juicy Couture dalam palet neon membuktikan mereka memahami kekuatan visual media sosial. Setiap ahli mengenakan rona yang berbeza, sebagai suatu pendekatan yang mengekalkan elemen keseragaman sambil meraikan keunikan individu. Ini bukan sekadar pakaian lapangan terbang, tapi statment fashion Y2K yang disengajakan.

Artikel berkaitan: Momen Fesyen Ikonik Victoria & David Beckham Dahulu Hingga Kini

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.