Millennial It-Girl: Syarlene Rahim - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Syarlene Rahim

 

Millennial It-Girl pilihan GLAM kali ini merupakan seorang penuntut menawan di Mahsa University. Dengan ijazah jurusan perubatan on the way, Syarlene Rahim sememangnya bukan all looks and no brains.

 

Dilahirkan pada hari terakhir tahun 1997, gadis fesyen ini menjadi pengunjung tetap kafe-kafe di lembah Kelang yang kian menjadi percakapan golongan millennial! Sering dilihat dengan persalinan berona mute dan lembut, Syarlene juga gemarkan bercuti di negara orang, dan meletakkan kota metropolitan London di tempat pertama jika beliau ingin “melarikan diri”.

 

Kenali si jelita ini bersama GLAM!

 

1. Satu ikon atau idola dalam hidup anda?

My parents! Sejak kecil, mereka sering menanamkan dalam jati diri saya dan adik-beradik lain akan kepentingan untuk sentiasa merendahkan diri, mendekatkan diri bersama Tuhan dalam apa jua keadaan, dan mengutamakan pendidikan dari segala perkara lain. 

 

Alexa Chung turut menjadi idola saya — di saat saya membaca buku nukilannya ketika berusia 16 tahun, saya jatuh cinta akan her love of life and sense of self. Truly inspiring.

 

See also
GLAM Deko Trend - Cetakan Ikonik Dolce & Gabbana buat SMEG

2. Pembelian yang anda paling menyesal? 

Sepasang kasut Nike Huaraches. Don’t get me wrong, they’re nice shoes. Tetapi ketika itu, saya sedang berjinak-jinak akan trend sneakers dan secara tidak sengaja, terbeli satu saiz kecil! So much regret.

 

 

3. Holy Grail makeup item?

Creamy Concealer dari NARS dan palet contour dari Anastasia Beverly Hills.

 

4. Nasihat paling bernilai?

Untuk tidak membiarkan orang lain menentukan kebahagiaan saya, dan jangan sesekali bergantung kepada seorang lelaki to get me where I want to be in life. 

 

 

5. Apakah erti “cinta” bagi anda?

Secara personal, saya percaya bahawa cinta itu merupakan antara perkara paling sukar untuk difahami kerana kita membesar menonton filem-filem bernada cinta yang mempengaruhi dan membuat kita percaya bahawa ia adalah suatu perkara yang sempurna. Bagi saya, love is hard work. Namun, ia merupakan salah satu aspek terindah dalam kehidupan.

 

6. Jika takdir tidak memandu ke mana anda sekarang, di mana anda rasa anda berada?

See also
MAC Bakal Melancarkan Gincu Kilauan Metalik Musim Luruh Ini

Saya kemungkinan akan menjalani kehidupan seorang pelajar jurusan undang-undang, or maybe somewhere along the lines of pursuing music.

 

 

7. Wangian kegemaran? 

Buat masa kini, Black Opium dari YSL, atau Misteriosa rekaan Ferragamo.

 

8. Satu trend fesyen yang patut lenyap?

Slips over t-shirts.

 

 

9. Any guilty pleasures?

Sememangnya keluar hingga lewat malam and then sleep with my makeup on!

 

10. Apakah rutin atau rejim kecantikan anda?

Saya akan mulakan dengan pencuci muka Purity dari Philosophy. Kemudian, saya akan sapukan toner dari jenama Simple, iaitu Oil Balancing Toner. Selepas itu, serum pilihan, pelembap Korean Honey Bee dan mengakhiri dengan sunscreen Beliv.