Millennial It-Girl: Micah Gianelli
Dalam dunia blog fesyen, Micah Gianelli menonjol dek kerana ciri-ciri androgyny serta stail versatil beliau yang cukup mengagumkan. Rupawan berketurunan Filipina ini membesar di Australia! Beliau merupakan graduan RMIT dalam jurusan rekaan fesyen. Dengan gaya rambut yang serba edgy, bibir digilap rona terang dan stail luar biasa, Micah Gianelli adalah satu nama you should watch out for!
Makin hari, Micah menjadi salah seorang penata gaya yang disegani ramai, dengan Jessica Gomes menjadi antara kliennya. Beliau juga pernah bekerjasama bersama beberapa jenama gergasi, seperti menjadi ketua penata gaya di Topshop, serta duta L'Oreal buat Festival Fesyen Melbourne. Micah turut menempa nama dalam rangkaian label sendiri, yakni Mossman!
GLAM kongsikan gaya-gaya esentrik Micah Gianelli yang bernada confidence wanita dan trend abadi!