Meraikan Percutian Penuh Gaya Bersama Gucci Gift - Glam Malaysia

Meraikan Percutian Penuh Gaya Bersama Gucci Gift

Bersempena menyambut musim cuti kali ini, Gucci membawakan koleksi Gucci Gift yang menampilkan seleksi item fesyen yang penuh kekinian. Daripada deretan beg hingga lah ke tampilan aksesori, kesemuanya menyuntik esen bergaya buat percutian yang menghambat kegembiraan.

Musim percutian adalah waktu yang ditunggu-tunggu bagi meraikan perayaan, sama ada bersama pasangan, keluarga mahupun sanak-saudara. Bersempena musim cuti yang menjelang tiba ini, label mewah Gucci mempersembahkan koleksi terbaharu yang menghadirkan item fesyen yang cukup eksklusif dengan nada anggun jenama ini.

Gucci Gift, Merayakan Himpunan Koleksi ‘Stylish Holiday’

Buat percutian yang bergaya, jenama dari Itali ini membawakan koleksi yang menyuntik elemen elegan dan mempersona. Tidak lengkap dalam meraikan percutian tanpa menggayakan tas tangan daripada Gucci. Antara item yang dipertengahkan adalah tas tangan Gucci Bamboo 1947 dengan perincian pegangan atas material buluh atau beg bahu Gucci Mini Bamboo yang nyata mengalirkan elemen chic apabila dipadukan. Beg bulat Gucci Savoy hat mini pula adalah tas tangan dengan butiran monogram ikonik label ini, lantas memberikan daya tarikan memukau secara effortless. Tas tangan lain termasuk beg bahu Gucci Jackie 1961, beg mini super Gucci Dionysus dan beg Gucci Blondie antara seleksi lain yang boleh menjadi pilihan buat penata gaya wanita musim kini.

See also
Essential Wardrobe Idea Bernas 2021

Bagasi pula semestinya menjadi item terpenting tatkala menyambut musim percutian. Gucci Gift turut menghadirkan bagasi yang klasik lagi praktikal, sesuai buat musim berlibur. Bagasi Gucci Savoy bersaiz sederhana ternyata menjadi bagasi percutian pendek yang ideal. Sementara itu, bagasi beroda kabin Gucci Savoy memberi fungsi percutian jangka masa panjang, sekali gus menawarkan bagasi yang tampak mewah yang mengetengahkan identiti jenama ini.

Beralih ke tampilan deretan aksesori yang dihadirkan dalam koleksi, ia nyata sesuai buat pelengkap gaya peribadi mahupun sebagai hadiah yang penuh makna. Buat yang menggemarkan aura anggun, item fesyen seperti jam tangan Gucci interlocking adalah pilihan yang tepat. Selain itu, himpunan cincin, gelang tangan, anting-anting serta banyak lagi daripada koleksi Gucci Gift ini, membuahkan naratif sentimental dalam merayakan musim percutian bersama yang tersayang. Tidak dilupakan juga dengan kasut tumit Gucci Slingback atau kasut tumit berplatform Gucci Horsebit yang lantas memberi padanan serta gadingan hebat untuk menyambut percutian yang penuh gaya dengan estetika wanita Gucci.

See also
Amanda Nell Eu: The Future Is Female

Artikel Berkaitan: Kendall Jenner & Bad Bunny Bintangi Kempen Gucci Valigeria