MCM Memasuki Era Baharu Sempena Musim Bunga 2024 - Glam Malaysia

MCM Memasuki Era Baharu Sempena Musim Bunga 2024

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

MCM mengertikan kemewahan baharu melalui koleksi musim bunga 2024. Menghadirkan menjadi busana yang ‘fashionable’ dan sesuai buat segala tujuan termasuk kembara. 

MCM meninjau semula warisan lama jenama itu dan membawanya ke masa hadapan. Dilahirkan daripada semangat inovasi dan sikap distingtif yang mencerminkan Munich pada tahun 1970-an, MCM diasaskan sebagai alternatif kepada kemewahan tradisional Perancis. 

MCM Memasuki Era Baharu Sempena Musim Bunga 2024

Untuk musim bunga 2024, MCM memberi definisi baru kemewahan yang moden dan wearable, disesuaikan dengan kemahuan generasi baharu kelas atasan yang memilih untuk menolak gaya piawaisan tipikal. Dan mengikut cara mereka sendiri. Koleksi “Made for Movement”, rekaan yang terkandung dibayangkan semula untuk kepelbagaian gaya dan fungsi yang diperluas dalam pelbagai bahan yang inovatif dan tidak konvensional. 

Koleksi ready to wear tertumpu pada pakaian bersifat sukan yang urban nyata selesa. Menggunakan fabrik bebas kedutan sesuai untuk kembara, yang menentang klasifikasi ketradisionalan pakaian kerja atau santai. Namun boleh dipakai pada bila-bila masa, untuk sebarang tujuan. 

See also
TB Summer Monogram, Usulkan Naomi Campbell Sebagai Wajah Kempen

Menerokai warisan MCM yang meluas, koleksi ini mengeksplorasi kod gaya yang terdiri daripada ‘signature’ visualnya yang dikenali sejak tahun 1976. Yakni corak klasik Visetos diolah menjadi motif ikonik Laurel dan Diamond, MCMlettering serta siri warna Cognac. 

Pelbagai gaya yang ditawarkan musim ini, dari jaket hingga sut yang seluruhnya tak lekang waktu dan subtil. Kemudian dominasi palet warna neutral dengan sentuhan warna dan corak untuk mendapatkan tampilan yang effortless. 

MCM ternyata melambangkan kecanggihan era baharu, merangkul semangat kembara dan diversifikasi, sambil memenuhi keperluan pengembara moden dan digital nomad. 

APA YANG HOT?

MCM Memasuki Era Baharu Sempena Musim Bunga 2024