Margaux Bag The Row Pelaburan Tas Tangan Klasik Warisan Masa Depan - Glam Malaysia

Margaux Bag The Row Pelaburan Tas Tangan Klasik Warisan Masa Depan

Margaux Bag dari The Row, keanggunan yang melangkaui generasi. Direka penuh ketelitian yang luar biasa, menjanjikan gaya yang diwarisi. 

The new IT Bag in town has arrived. Para fashionista kini menggelarnya sebagai pengganti baru kepada tas Birkin yang ikonik. Mary-Kate dan Ashley Olsen merupakan antara peminat setia Birkin dan diketahui sering membawa gaya-gaya klasik yang sudah lama digunakan (dengan kesan calar, berkedut, dan bentuk yang berubah) sepanjang tahun. Namun, kedua-dua beradik ini juga merupakan pencetus kepada tote mewah lain yang kini menjadi tumpuan dalam dunia fesyen iaitu Margaux Bag dari jenama The Row. Kini menjadi tanda ikonik jenama mewah yang diasaskan pada tahun 2006 itu, beg ini sentiasa soldout dan ramai yang teruja untuk memilikinya manakala penggemarnya yang terkenal terus bertambah, termasuk Kendall Jenner, Zoë Kravitz, Rosé, Elle Fanning, Rosie Huntington-Whiteley, dan Jennifer Lawrence.

Margaux Bag Dari The Row a.k.a IT Bag Terbaru

Margaux Bag 15 Leather in Black

margaux bag

Kendall Jenner, Margaux 15 Bag in Cuir

Margaux Bag hadir dalam pelbagai warna dan jenis fabrikasi seperti suede, kulit lembut, serta kombinasi kanvas, menjadikannya elemen tetap dalam koleksi aksesori jenama The Row. Terdapat dalam saiz 10, 12, 15, dan 17 inci dan beg bersaiz 15 khususnya the most popular one thas’s giving Hermès Birkin. Lebih daripada 7 warna termasuk hitam, mocha, cuir, cognac, muschio, biru laut, oren, dan gading.

See also
Gaya Maskulin Kendall Jenner Untuk Fendi

margaux bagmargaux bag margaux bag   

Tentang The Row 

The Row adalah jenama fesyen mewah yang diasaskan pada tahun 2006 oleh Mary-Kate dan Ashley Olsen, terkenal dengan pendekatan minimalis dan elegan terhadap gaya mewah moden. Jenama ini diwujudkan dengan visi untuk menawarkan gaya Amerika klasik yang dinaikkan taraf, menumpukan pada garis yang bersih, pertukangan yang luar biasa, dan fabrik premium. Dinamakan sempena Savile Row yang ikonik di London, The Row mencerminkan standard tinggi jahitan bespoke tetapi dengan estetik yang sederhana dan tersendiri.

Reka bentuk The Row menekankan kualiti berbanding trend, mempamerkan siluet yang kekal relevan dengan gaya masa, menarik bagi mereka yang mencari keanggunan dan kecanggihan tanpa logo atau perhiasan yang berlebihan. Dari kot bersaiz besar dan seluar yang dipotong sempurna hingga pakaian rajut mewah dan aksesori yang sederhana, setiap helaian jenama ini direka agar serba boleh, menekankan kualiti, fungsi, dan kemewahan yang halus.

Komitmen The Row terhadap pertukangan dan gaya yang terkawal serta canggih telah membuatkan jenama ini dihargai oleh pengkritik dan mempunyai pengikut yang setia, menjadikannya nama yang dihormati dalam dunia fesyen mewah.

See also
Top 10 Model Paling Berpengaruh Di Media Sosial

 

Artikel Berkaitan: The Row Milik Mary-Kate & Ashley Olsen Dinilai Sebanyak $1 Bilion