LV By The Pool, Nuansa Tropika Musim Panas 2024 - Glam Malaysia

LV By The Pool, Nuansa Tropika Musim Panas 2024

LV By The Pool kini kembali lagi! Seperti tahun-tahun lalu, label pakaian mewah Louis Vuitton mempersembahkan koleksi LV By The Pool 2024 yang membawa keinginan untuk pengembaraan eksotik dan tafsiran tropika ke dalam gaya hidup seharian. 

Menjelang sahaja musim panas, LV By The Pool pastinya mengambil alih dan memperkenalkan koleksi yang lebih bertenaga dan menyeronokkan! Koleksi kali ini kaya dengan bahan semula jadi dengan memaparkan gabungan warna-warna terang. Seperti mimpi tropika, setiap produk diilhamkan bagi meraikan musim panas. Seolah berkelana dan berseronok dalam reka bentuk gaya Louis Vuitton yang bertenaga.

Koleksi LV By The Pool 2024.

Sama ada bersantai di tepi pantai atau merayau di pulau-pulau kecil, himpunan koleksi musim panas Louis Vuitton memancarkan daya tarikan santai tetapi stylish. Buat musim ini, cetakan Monogram diimaginasikan semula sebagai motif jubin terperinci. Grafik botani yang subur dengan olahan warna terang disepadukan bersama. Turut dilengkapi dengan anyaman trompe l’oeil yang mempersonakan. Kemeja berangin menjadi potongan kenyataan yang digabungkan dengan seluar dan skirt dalam siluet yang bergaya namun selesa. Tambahan lagi, infusi karang merah jambu dan biru Caribbean mengimbangi neutral putih berpasir yang elegan buat item pakaian dalam koleksi kali ini.

See also
Game On! Lea Seydoux Cabar Main Kad Louis Vuitton

Aksesori Pelengkap Musim Panas

Topi, item aksesori fesyen yang sangat penting ketika musim panas. Didatangi dalam pelbagai gaya seperti bucket hat Monogram, topi dalam denim Monogram berjumbai dengan pesona palet warna menawan. Selain itu, topi pantai LV Tiles turut menghambat ketertarikan dalam koleksi ini, di mana ia dihiasi dengan selendang sutera Monogram logo ikonik Louis Vuitton bercetak. Tidak lupa dengan selendang LV Tiles bersaiz besar. Selendang sutera carré mewah yang tampil dengan ilustrasi rumit dan dibingkai dengan motif LV Tiles seperti mozek yang memberi nuansa tropika.

LV By The Pearl

Barang kemas fesyen ‘LV By The Pool’ menjadi penampilan sulung buat koleksi LV By The Pearl. Ia merupakan garis tandatangan yang dihiasi dengan mutiara kaca berwarna-warni. Keanggunan rantai leher dengan kemeriahan warna biru, membangkitkan keindahan ombak lautan serta membawa kesegaran kepada koleksi. Sementara itu, rangkaian Nanogram Enamel baharu, aksesori yang terdiri daripada anting-anting, gelang dan cincin ditakrifkan oleh Monogram terukir dalam suasana fuchsia atau biru kontemporari.

See also
GLAM 101: Revolusi Siber

Kesegaran Wangian LV

Direka bentuk buat penggemar pantai, aksesori wangian baharu turut diperkenalkan dalam koleksi LV By The Pool. Menyuntik elemen nota yang segar, menyeronokkan dan kefungsian pada koleksi. Musim ini, kanvas Monogram ditafsir semula pada sarung perjalanan dengan corak cat air musim panas berwarna karang merah jambu. Dilengkapi dengan kantung kain terry yang ringan dan lembut, diperbuat daripada kapas yang diperakui 100% GOTS. Koleksi wangian ini menawarkan haruman yang bergaya dan abadi untuk membawa serta melindungi botol wangian LV.

Papan Luncur Artisanal Mewah

Monogram Tiles Surfboard mewakili item koleksi musim panas terbaik. Ianya dihasilkan daripada gentian kaca berstruktur dengan tulang belakang kayu tengah dan damar. Papan luncur artisanal mewah ini menampilkan motif penyataan musim panas bersama-sama dengan logo ikonik bot LV baharu di bahagian bawah. Dihadiri dengan warna karang yang cerah dan bertenaga, ia mengambil tanggapan sebagai perjalanan melangkaui daratan ke laut. LV By the Pool adalah koleksi yang sememangnya memenuhi kerinduan untuk musim panas yang tidak berkesudahan!

See also
Selamat Hari Bapa! 7 Bingkisan Sesuai Buat Bapa

Artikel berkaitan: Musim Bunga di Bandar Oleh Louis Vuitton