Lima Beg Tangan Untuk Raya - Glam Malaysia
Lima Beg Tangan Untuk Raya

Lima Beg Tangan Untuk Raya

Tidak selalu harus beg rekaan yang tipikal, beg tangan yang menarik rupa dan berdaya tarik tersendiri tentu dapat mempercantik tampilan santun anda di hari Lebaran nanti. Ketahui lima beg tangan cadangan GLAM untuk penampilan Syawal. 

DIOR

Lima Beg Tangan Untuk Raya

Jika memilih baju raya yang bercorak minimal, rasanya penampilan tersebut akan bertambah anggun lagi stylish dengan paduan beg dari DIOR ini. Motif pada beg tersebut sudah tentu meningkatkan lagi penampilan. Sungguhpun anda memilih busana raya yang ringkas, misalnya satu warna polos sahaja, sangat sesuai dengan paduan beg DIOR. Tambahan lagi, corak pada beg DIOR ini merupakan garapan dari arkib DIOR. Sentuhan klasik melalui pemakaian aksesori pada busana raya cukup sajak sekali. Cara pakai juga praktikal, hendak silang atau jinjing-ikutlah kesukaanmu. 

 

CHANEL

Lima Beg Tangan Untuk Raya

Bila lagi hendak tunjuk beg CHANEL baru? Diperbuat daripada bahan kulit bermutu dan diserlahkan dengan rona merah menyala juga ukuran medium-memberi idea gaya raya yang sangat ideal. Pabila berkunjung ke rumah sepupu atau teman-teman, cukup tepat untuk memilih beg tangan CHANEL ini sebagai peneman. Statement gaya pada beg ini menyatakan kemewahan walau di dalam formasi gaya raya paling sederhana. 

See also
Pelancaran TOD'S Timeless Icon di Tokyo

KATE SPADE NEW YORK

Beg tangan rona merah jambu ini merupakan cerminan gaya muda. Sesuai untuk anak perempuanmu untuk tampil stylish pada pagi raya. Terkadang anak-anak muda sekarang lebih gemar beg tangan yang ringkas, tidak kompleks dan mudah disandang pada bahu. Apalagi diwarna dengan merah jambu manis nan lembut yang menciptakan nuansa feminin serta imbuhan kontemporari pada busana yang bakal anak perempuan anda sarungkan. 

AIGNER

Sangat praktikal dan mudah dibawa pula. Beg tangan AIGNER dari koleksi musim bunga 2023 ini merupakan beg ideal untuk gaya raya. Rantai beg yang dilengkapi merupakan ciri khas kemewahan dan elegansi. Beg ini terbuat dari bahan kulit yang bermutu dan rona merah bertenaga yang sempurna untuk dikenakan bersama baju raya klasik mahupun moden nantinya. 

COACH

Untuk wanita yang suka beg tangan berbentuk empat segi sama, beg tangan COACH ini wajib dimiliki. Didedikasikan untuk penyuka gaya edgy, beg tangan ini berhiaskan gancu perak berfungsi sebagai penunjang gaya yang penuh statement. Material beg yang berkilau direka cemerlang menghasilkan kesan dan menambah aksen sofisitkated saat dikenakan. 

See also
Malam Most GLAM 2016

Artikel berkaitan: Lima Stail Raya Bersama BONIA X AMELIA HENDERSON