Laporan GLAM: Fresh Takes Fesyen Berjiwa Moden

Laporan GLAM: Fresh Takes Pra-Musim Luruh 2018

2 of 5

CHANEL

Ini adalah koleksi penting buat Karl Lagerfeld kerana himpunan pra-musim luruh 2018 dipentaskan di Hamburg, tempat lahirnya Lagerfeld. Melalui koleksi ini, Lagerfeld meminjam aspirasi kota Hamburg sebagai lokasi maritim dan dipersembahkan dalam nada yang cukup romantik. Dunia maritim meminjamkan idea, lalu muncul sut tweed jaket yang dihembus lebih moden dalam penggunaan tkenik artisan rumah seni Chanel. Turut menjadi item penting adalah topi kelasi yang menambah chic wanita Chanel. Bagi menambah rasa feminin, Lagerfeld turut memberikan but melepasi paha lantas terbit rasa seksi dekad 60-an.