Lady Gaga Serlah Aura ‘80s Bride Di Set House of Gucci - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Lady Gaga Serlah Aura ‘80s Bride Di Set House of Gucci

Lady Gaga Serlah Aura ‘80s Bride Di Set House of Gucci

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

House of Gucci merupakan filem jenayah biografi arahan Ridley Scott. Ia diadaptasi daripada kisah benar yang ditulis oleh Sara Gay Forden menerusi buku berjudul The House of Gucci: A Sensational Story of Murder, Madness, Glamour, and Greed pada 2001.

Menerusi filem ini, Gaga memegang watak utama sebagai Patrizia Reggiani atau lebih dikenali sebagai Black Widow. Dia mengupah seorang pembunuh untuk menembak mati bekas suaminya, Maurizio Gucci yang merupakan mogul fesyen dan cucu kepada pereka fesyen terkenal, Guccio Gucci pada 1995.

Obsession, jealousy and murder: The true story behind 'House of Gucci'  starring Lady Gaga and Adam Driver | The National
Foto: Thenationalnews

Watak Maurizio dimainkan oleh Adam Driver dan menurut peminat, tiada siapa yang lebih layak bergandingan dengan Gaga dalam filem ini selain Adam. Turut membintangi House of Gucci adalah Al Pacino sebagai Aldo Gucci, Jared Lato sebagai Paolo Gucci, Jeremy Irons sebagai Rodolfo Gucci dan Camille Cottin sebagai Paola Franchi.

Menurut perancangan, ia bakal ditayangkan pada November 2021.

Foto: Instagram/@ladygaga

Baca: Lady Gaga Is Patricia Reggiani, In Her Upcoming Movie, Gucci

See also
NYFW: Yuna dan Sheena Liam Di Barisan Hadapan Pentas Coach