Use your ← → (arrow) keys to browse
Seperti yang dinyatakan New York Times, MSCHF hanya menghasilkan kira-kira 10 pasang sandal Birkin Birkenstock yang berharga antara RM137,000 hingga RM307,000.
Minggu lalu media melaporkan jenama tersebut telah pun menghadiahkan tiga pasang kepada tiga individu; penyanyi rap Future, penyanyi Kehlani dan seorang pengumpul seni yang namanya tidak didedahkan. Jenner bertuah kerana menjadi individu seterusnya yang menerima sandal tersebut.
Jenner sememangnya terkenal dengan koleksi tas tangan Hermès Birkin. Dia menyediakan ruang yang sangat luas di kediaman miliknya untuk menyimpan koleksi mewahnya itu, termasuk 20 beg Hermès Kelly dan Birkin – dua fashion collector item paling eksklusif.