Use your ← → (arrow) keys to browse
Jutawan termuda dalam sejarah, Kylie Jenner baru sahaja menambah salah satu sandal mewah yang menjadi idaman ramai di internet ke dalam gerobok fesyennya!
Jenama MSCHF yang terkenal kerana menghasilkan produk tular dalam jumlah yang sangat terhad baru-baru ini menggemparkan internet dengan item fesyen terbaharu. Ia merupakan sandal yang diperbuat daripada tapak gabus dan getah Birkenstock asal serta tas tangan Hermès Birkin yang dijadikan tali.
Ekslusiviti ini bermakna ia dihasilkan dalam jumah yang sangat terhad, namun nampaknya mogul Kylie Cosmetics ini berjaya memperoleh sepasang untuk dirinya.
Jenner berkongsi foto sandal tersebut yang diletakkan di dalam kotak jingga inspirasi kotak asal Hermes, serta dialas menggunakan sehelai skarf dalam rona serupa. “Terima kasih @mschf,” dia menulis.