Kot Trench, Ikon Burberry Buat Selamanya - Glam Malaysia
trench coat, ikon burberry buat selamanya

Kot Trench, Ikon Burberry Buat Selamanya

100 tahun yang kemudian, Burberry kekal teguh dengan rekaan kot trench yang ikonik. Saban musim, helaian ikonik Burberry ini tetap menjadi pujaan. Sejauh mana fesyen berevolusi, rekaannya masih diasosiasikan dengan Burberry. Kot trench Burberry terbukti menjadi helaian wajib orang-orang England sampai sekarang. Ia juga menjadi kegemaran buat selebriti. Madonna, Kate Moss, Rihanna, Sienna Miller, Victoria Beckham dan ramai lagi, pernah dirakam menyarung kot trench Burberry.

Dari satu generasi ke satu generasi, kot trench Burberry berupaya menghasilkan gaya yang pelbagai. Tanpa mengira gender, identiti dan cita rasa fesyen. Kot trench Burberry adalah untuk semua.

Diperbuat dari Castleford, Yorkshire, lebih dari 50 tahun, menggunakan potongan fabrik ‘gabardine’- yang direvolusikan oleh Thomas Burberry pada 1879. Diolah dengan cukup praktikal, fabrik kapas kalis cuaca berfungsi sebagai ‘jantung’ kepada setiap rekaan trench coat ilham Burberry. Bersiluet klasik, ‘kesederhaan’ dan penciptaan yang halus juga teliti, memaut hebat reka bentuk trench coat Burberry.

See also
GLAM Next Face: Top 10 + 1 Kejutan

Terdapat lima siluet yang ditawarkan-the Waterloo, Westminster, Kensington, Pimlico dan Camden- setiap rekaan meraikan keindividuan yang menggunakan nama-nama lokasi ikonik di London.

Rangkaian “The Waterloo” menawarkan berpotongan yang ‘relaxed’. Tidak fit, longgar yang sempurna untuk dijadikan helaian luar pabila mengamalkan teknik layering dalam penggayaan. “The Westminster” pula direka potongan ‘oversized’ dan bersifat ringan. Dedikasi pemakai yang suka bergaya ‘effortless’ dan moden. Rangkaian ini hadir dalam dua saiz. “The Kensington” buat yang mahu kelihatan ‘just nice’ pabila menyarungnya. “The Pimlico” direka buat wanita yang dambakan trench coat ‘straight cut’, yang mana mengambil inspirasi dari siluet klasik Burberry.

burberry
burberry
burberry

Artikel berkaitan: Best Coats Moments