Savage x Fenty Koleksi Maternity Terbaru Daripada Rihanna

Rihanna Lancar Koleksi Materniti di Savage x Fenty

Rihanna terus membuktikan dirinya #MomGoals selepas menyiarkan imej daripada kempen Savage x Fenty untuk koleksi materniti terbaru.

Selain menumpukan sepenuhnya pada koleksi pakaian dalam, jenama ini mengembangkan sayap mereka dengan menyediakan koleksi pakaian dalam mesra penyusuan.

Koleksi terkini ini diumumkan menerusi media sosial Savage x Fenty By Rihanna turut memaparkan gambar penyanyi berusia 35 tahun ini menyusukan anak lelakinya RZA.

Rihanna Melancarkan Bra Materniti di Savage x Fenty

Penyanyi ini tampil di akaun Instagram dengan memakai pakaian dalam materniti baru bersama kapsyen “Not ur mama’s maternity bras…designed by badgalriri, approved by baby RZA”.

Koleksi kapsul materniti baharu ini adalah untuk ibu dan bakal ibu serta telah direka oleh Rihanna sendiri. Ketiga-tiga bralettes ini diinspirasikan dari jenama siluet best-selling dan koleksi ini datang dalam pelbagai warna dan fabrik. Saiznya bermula dari XXS hingga 4X dan berharga dari $35 hingga $60.

savage x fenty

“Kapsul materniti baharu ini adalah tentang keyakinan dan keselesaan kepada ibu di setiap peringkat perjalanan mereka,” kata Rihanna. Tambahannya lagi “Saya ingin mengingatkan orang ramai bahawa anda masih boleh rasa seksi dan berasa gembira semasa menjadi ibu bapa,”

See also
10 Fakta Perlu Tahu Tentang Kisah Romantis Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza

Koleksi ini menampilkan tee grafik bersaiz besar dengan mesej “Make More Baby” dan tiga bralette, yang kesemuanya diilhamkan oleh (dan dinamakan sempena) siluet paling popular Savage X Fenty — Savage X Cotton, Floral Lace dan Savage Not Sorry.

Setiap bralette dan tee yang direka untuk memberikan keselesaan dan fungsi terbaik untuk ibu dan bakal ibu. Pada masa yang sama, ia masih lagi berpegang pada prinsip Savage dengan sokongan tambahan, jadi setiap ibu boleh berasa seperti diri mereka yang terbaik — sama ada di rumah, ketika keluar dengan/atau tanpa bayi mereka.

 

 

 

 

Rihanna mengasaskan Savage x Fenty pada 2018, setahun selepas dia melancarkan syarikat Fenty Beauty. Tidak lama selepas meraikan ulang tahun ke-lima tahun Savage pada bulan Mei, dia meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif daripada jenama pakaian dalam, kekal sebagai Pengerusi Eksekutif.

Rihanna melahirkan RZA, anak pertamanya pada Mei 2022 dan kini sedang sarat mengandung anak keduanya. Anak-anak penyanyi dari Barbados ini hasil hubungannya dengan penyanyi rap A$AP Rocky. Rihanna turut mendedahkan kehamilan keduanya semasa persembahan di Super Bowl LVII Halftime Show pada Februari 2023.

Sepanjang kedua-dua kehamilannya, Rihanna sekali lagi membuktikan dia adalah ibu paling bergaya di dunia kerana setiap gaya materniti yang dibawanya tampak edgy dan berlainan. 

Artikel Berkaitan: 9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky