#MestiMiliki Koleksi Longchamp Musim Luruh Sejuk 2024 - Glam Malaysia
koleksi Longchamp

#MestiMiliki Koleksi Longchamp Musim Luruh Sejuk 2024

Kebebasan sebagai cerminan segar buat koleksi Longchamp musim Luruh Sejuk 2024. Lebih chic dan penuh dinamik!

Siapakah yang menggambarkan wanita Longchamp ini? Semestinya wanita moden yang cemerlang dalam komunitinya. Miliki semangat berkumpulan dan percaya akan kesatuan sebagai kekuatan asas adalah falsafahnya. Walau tenaganya tiada limitasi, dia masih mengekalkan kesejahteraan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat sama ada meluangkan masa bersama yang tersayang di kafe atau menghabiskan masa di studio yoga. Dia adalah wanita yang aktif namun masih kekal elegan. Inilah idola dan inspirasi wanita hari ini.

Koleksi Longchamp

Menerusi ‘wanita’ lambangan Longchamp ini, Sophie Delafontaine, Pengarah Artistik Longchamp, berkongsi,

“Saya sukakan idea keseimbangan di antara elegan dan sensual, tidak dilupakan kesatuan dinamik tertentu dan a good dose of well-being.”

Maka dengan itu, koleksi Longchamp tampil selari dengan gol jenama ini yang mana mahu membangkit keyakinan dan elegan wanita hari ini. Bermula dengan pemilihan material yang tepat di mana Longchamp menampilkan material kulit regang. Menariknya tentang material kulit anak kambing yang dicipta jenama ini cukup istimewa di mana ia boleh dibasuh menggunakan mesin serta mesra kembara di mana material ini tidak perlu digosok.

See also
Longchamp x Toiletpaper Tampil Seni Provokatif

Koleksi Longchamp

Kemudian, Longchamp menghadirkan material kait ringan juga polister kitar semula yang cukup mesra alam sekitar. Kesemua ini adalah material utama yang dipersembahkan di dalam koleksi musim luruh sejuk 2024 menggambarkan kebebasan serta setiap misi yang ingin mengetengahkan keseimbangan elemen pergerakan dan sensual. Selain itu, keistimewaan koleksi Longchamp ini menampilkan pilihan warna yang cukup meriah dan mampu menyuntik keseronokan dalam kehidupan seharian. Pilihan rona seperti hijau dan oren juga padanan rona nude, celadon, tanah liat dan kertas memberi keseimbangan pada setiap helaian musim ini.

Koleksi Longchamp

Jaket kimono adalah antara helaian mesti miliki daripada Longchamp. Cukup versatil dengan efek taffeta membuatkan si pemakai mampu menyarung sebagai helaian formal ke pejabat ataupun kala berhibur di sebelah malam. Chic dan kasual dalam pada masa yang sama! Jangan dilupakan, beg tangan sebagai pelengkap gaya. Le Roseau, koleksi beg baharu yang memberi gaya sleek dan timeless!