Kempen Coach Dibintangi Yuna Dirakam di Kuala Lumpur - Glam Malaysia
kempen coach

Kempen Coach Dibintangi Yuna Dirakam di Kuala Lumpur

Yuna yang menjadikan Los Angeles sebagai rumah keduanya disambar oleh Coach untuk kempen Holiday 2020 mereka. Dia menjadi penyeri kempen akhir tahun Coach dan sebaris dengan selebriti global lain seperti Jennifer Lopez, Kiko Mizuhara dan Michael B. Jordan. Dek kerana Covid-19 dan tidak boleh terbang ke negara luar, Yuna merakam kempen ini di Malaysia. “Sudah lama saya dan Coach menjalinkan kerjasama. Sejak 2016 lagi! Namun, kerana masalah lokasi ada perancangan terbantut. Kini sebabkan Covid-19, saya kembali ke Malaysia dan lebih mudah untuk berkerjasama dengan Coach. Apabila ditanya untuk membintangi projek ini, terus saya bersetuju! Menjadi wakil Malaysia dan untuk kongsi pada semua yang kita juga merayakan musim akhir tahun,” ujar Yuna ketika diwawancara melalui Zoom.

kempen coach
Yuna wajah Malaysia pertama buat Coach

Walaupun Malaysia masih dalam tempoh pergerakan terkawal, Yuna dan Coach berjaya melaksanakan penggambaran ini mengikut produser yang ditetapkan. Pasukan daripada Amerika Syarikat merakam kempen ini melalui Zoom. “Ia adalah satu pengalaman baru buat saya. Norma baru ini memberi kami semua satu challange untuk berkarya melalui lokasi di Cyberjaya! Saya stail sendiri sambil berkomunikasi dengan team di sana,” kongsi Yuna!

kempen coach
Lokasi penggamabaran di Cyberjaya sambil dijayakan melalui Zoom

Pautan Berkenaan: Keriangan Akhir Tahun Bersama Coach

See also
Selebriti Ternama Turut Meraikan Koleksi Michael Kors di NYFW

Yuna juga berkongsi yang tema kekeluargaan menjadi sebab utama juga dia mahu bekerja sama dengan Coach. “Mereka kumpulkan ahli keluarga untuk membintangi projek akhir tahun ini! Ia selari dengan trend sekarang yang inklusif serta masih eksklusif.”