Use your ← → (arrow) keys to browse
Sempena tradisi musim perayaan ini, pakaian tradisional diberikan nafas baru dalam koleksi Luxe 2021. Motif klasik dan idea moden diberi gabungan dengan cara yang penuh mewah. INNAI RED menyerlahkan estetika mereka yang menarik perhatian mata seperti lengan baju blouson, hingga ke pleats dan pintuck serta susunan kelopak berstruktur membentuk bentuk bunga menyerlahkan penampilan anda yang penuh kemewahan pada Syawal ini.
Tidak lupa juga ciri-ciri rekaan sofistikated diserlahkan lagi dengan pemilihan fabrik seperti broket mewah, jacquard bunga, taffeta, sutera shantung dan organza bercetak.