Jiwa Liar Wanita Dior Menjiwai Gerakan Feminis

Jiwa Liar Wanita Dior Menjiwai Gerakan Feminis

Gambar Elise Toidé

Chantilly, Perancis, menjadi saksi kepada penjelmaan jiwa liar wanita Dior melalui koleksi Cruise 2019 Maria Grazia Chiuri buat rumah fesyen kesayangan ramai ini. Menggunakan pengaruh dan lagenda Dior, Grazia Chiuri memastikan masanya sebagai pengarah kreatif Dior digunakan sebaiknya sebagai wakil golongan wanita serata dunia.

 

Kekal dengan misinya untuk memberi kesedaran terhadap gerakan-gerakan revolusi yang diketuai oleh wanita, Grazia Chiuri kali ini mengambil inspirasi daripada penunggang escaramuza,  penunggan rodeo wanita Mexico, yang telah menyumbang kepada Revolusi Mexico. Lapan orang escaramuza telah dijemput dengan pakaian rekaan khas Dior untuk membuka dan menutup pertunjukan koleksi ini membuatkan erti disebalik koleksi ini menjadi lebih bermakna.

 
[envira-gallery id=”85208″]

“Sebab saya suka akan escaramuza adalah kerana mereka melakukan sesuatu yang macho — rodeo — dalam visi kami, namun mereka melakukannya dengan dress traditional yang amat menawan, sangat feminin,” ujar Grazia Chiuri.

 

Inspirasi escaramuza  ini turut diterjemahkan ke dalam rekaan aksesori yang digandingkan dengan beberapa gaya daripada koleksi ini. Rangkaian tas Lady Dior Cruise daripada koleksi ini antara rekaan yang menarik perhatian mereka yang menyaksikan persembahan koleksi tersebut.

See also
GLAM 101 - Adi Busana

 
[envira-gallery id=”85209″]

Selari dengan estetik Dior, escaramuza yang lazim dengan pakaian yang memberi penekanan kepada ciri-ciri feminin mereka yakni skirt penuh, sulaman, rona-rona terang, topi besar, dan juga motif floral. Grazia Chiuri mempersembahkan gaya-gaya menawan dengan sentuhan signatur Dior seperti dress-dress les kapas disulam dengan lebih banyak les dan skirt ranggi dipadankan dengan jaket yang memberi penekanan kepada siluet pinggang kecil. Penggunaan toile de Jouy yang digandingkan dengan pengenalan motif liar seperti harimau dan ular, les dalam pelbagai bentuk dan rona, dan tulle antara fabrik kegemaran rumah Dior.

 

Gambar Elise Toidé