Pakaian yang mempunyai motif semestinya seronok untuk digayakan. Namun, pilihan stail dan corak yang salah hanya akan menyemakkan keseluruhan penampilan anda. Sebaiknya, pilih pakaian yang memiliki latar belakang gelap atau corak yang bertona. Rekaan sebegini membolehkan anda yang bertubuh petite ataupun plus size menggayakan busana bercorak tanpa sebarang masalah.