Inspirasi Fesyen Jalanan Taylor Swift Mengikut Era - Glam Malaysia
Inspirasi Fesyen Jalanan Taylor Swift Mengikut Era

Inspirasi Fesyen Jalanan Taylor Swift Mengikut Era

Sepanjang beberapa tahun pertamanya dalam industri muzik, mencipta nama dari Nashville ke Hollywood, gaya Taylor Swift digambarkan sebagai girl-next-door whimsy.

Sudah tentu, dia masih terlalu mentah ketika itu. Taylor Swift hanya berusia 16 tahun ketika dia melancarkan album sulungnya pada 2006.

Sewajarnya pakaian hariannya lebih kepada yang selesa dan feminin. Ini termasuk baju sejuk longgar, kasut rata dan gaun kembang.

Inspirasi Fesyen Jalanan Taylor Swift Mengikut Era

Bagaimanapun gayanya berubah seiring perkembangan kerjayanya. Penampilannya semakin bersinar bukan sahaja di atas pentas atau acara karpet merah tetapi juga kala berpergian.

Glam berkongsi street style pilihan Taylor Swift dahulu hingga kini

 

The ‘1989’ Era

Inspirasi Fesyen Jalanan Taylor Swift Mengikut Era

Taylor Swift dilihat gemar menyarung persalinan vintaj dan sopan pada awal kemunculan namun stailnya berubah pada lewat tahun 2014. Dia semakin kerap menggayakan skirt mini, motif kotak dan warna-warna pop terutama pada aksesori.

Saat ini dia baru sahaja berpindah dari Nashville ke New York City dan mencuba nasib dalam genre pop menerusi album kelima, 1989. Pilihan gayanya juga semakin berkembang di mana ia lebih menyerlah, matang dan ikonik.

See also
John Galliano Kembali Beraksi!

 

The Alleged ‘Karma’ Era

Inspirasi Fesyen Jalanan Taylor Swift Mengikut Era

Menurut peminat fanatik, terdapat sebuah album yang hilang antara tempoh masa album 1989 dan Reputation. Sesetengah daripada mereka yakin ia diberi judul Karma.

Sama ada album ini benar-benar dirakam pada 2016 atau tidak, apa yang pasti adalah penampilannya semakin bersinar tahun itu.

Selepas Anna Wintour meyakinkannya untuk memotong dan meluntur rambut bagi kulit majalah Vogue, Taylor Swift mula berani bereksperimen dan menyimpang daripada gaya biasa.

Dia muncul ke acara Met Gala dengan olesan gincu hitam sambil menyarung jaket kulit – pilihan gaya yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Rambut bob perang-platinum penyanyi itu menjadi kontroversi di kalangan peminat. Bagaimanapun ia memberi inspirasi kepada salah satu transformasi paling menarik dalam kerjayanya.

 

The ‘Reputation’ Era

Tiga tahun menyepi, Taylor Swift muncul dengan album Reputation. Waktu ini dia menerima spekulasi awam mengenai personalitinya — dramatik, gelap, berahi — dan menyerapnya ke dalam persembahan pentas.

Ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi stail jalanan penyanyi itu. Sepanjang tahun 2017 dan 2018, dia dilihat sering menggayakan persalinan sarat cetakan.

See also
Antara 2.55 dan Tumit Merah

 

The ‘Lover’ Era

Stail Taylor Swift semakin menjadi perhatian ketika dia beralih dari era Reputation ke Lover. Hitam dan kelabu tidak lagi menjadi pilihan sebaliknya dia memilih rona feminin seperti merah jambu dan pastel.

Dia juga sering menggayakan persalinan fabrik berkilat dan berlabuci pada tahun 2019. Sesuatu yang menyeronokkan dan mencetus nostalgia.

 

The Modern ‘Midnights’ Era

Stail jalanan Taylor Swift pada era ini didominasi oleh topi besbol, kasut dempak dan siluet santai. Dia juga lebih gemarkan warna neutral (hitam, putih, biru kelasi) dan gaya asas.

Di antara persinggahan konsert Eras Tour, dia dirakam di New York City dalam persalinan selesa namun masih menampilkan aura berkuasa.

 

Baca: Agenda Fesyen Kylie Jenner. GLAM Pilih Lima Stail Terbaik