Jenama Fesyen Diraja Yang Mengubah Dunia Gaya & Fesyen

7 Jenama Fesyen Diraja Yang Mengubah Naratif Gaya Global

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Puteri Tania de Bourbon-Parme – Jenama fesyen diraja: Tania de Bourbon Collection

Dikenali sebagai ikon gaya Perancis yang elegan, Puteri Tania menubuhkan Tania de Bourbon Collection, menampilkan aksesori mewah, perhiasan serta kolaborasi dengan jenama eksklusif seperti S.T. Dupont.
Beliau juga mengetuai organisasi seni L’Art Autrement Dit, menjadikan reka bentuk sebagai jambatan antara warisan klasik dan ekspresi moden satu ciri yang menjadikan beliau figura penting dalam dunia fesyen bangsawan Eropah.

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.