Jenama Fesyen Diraja Yang Mengubah Dunia Gaya & Fesyen

7 Jenama Fesyen Diraja Yang Mengubah Naratif Gaya Global

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. PUTERI MAHKOTA GREECE MARIE-CHANTAL, MARIE-CHANTAL

Dikenali kerana gaya klasik dan pandangan tajam terhadap keanggunan abadi, Puteri Marie-Chantal melancarkan jenama Marie-Chantal pada tahun 2000. Ia bermula dengan pakaian kanak-kanak mewah, kini berkembang menjadi label gaya hidup premium yang merangkumi koleksi rumah, tekstil dan aksesori.

Dengan gaya British-Greek yang bersahaja namun mewah, jenama ini menjadi pilihan keluarga bangsawan dan selebriti dunia. Kolaborasinya dengan Schumacher pada tahun 2024 memperkukuh kedudukannya sebagai jenama gaya hidup global. (Architectural Digest)

Marie-Chantal membuktikan bahawa jenama fesyen diraja tidak perlu megah untuk berpengaruh, cukup dengan kehalusan rekaan dan keikhlasan dalam setiap helaian.

jenama fesyen diraja

Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.