‘Ignite the Spark’, Koleksi Perhiasan Lansiran HABIB
KOLEKSI INI DIANGGAP SEBAGAI SALAH SATU KOLEKSI YANG MEMBAWA TUAH, SELAIN MENAIKKAN SERI SEPANJANG TAHUN BARU INI. SEMAK PERHIASAN YANG SESUAI DENGAN PILIHAN GAYAMU.
Tahun Baru Lunar bakal disambut oleh masyarakat Cina di seluruh dunia tidak lama lagi. Perayaan yang jatuh pada musim bunga ini pastinya disambut dengan meriah bagi menandakan kemunculan tahun baru. HABIB tidak ketinggalan untuk turut bersama-sama meraikan perayaan istimewa ini bagi menghargai para pelanggan terutamanya buat mereka yang meraikan sambutan Tahun Baru Lunar.
Menurut kalendar Lunar, tahun 2022 merupakan tahun ‘Sang Harimau’ dan karakter ini sering dikaitkan dengan keberanian, sikap berdaya saing, yakin dan bercita-cita tinggi.
Istimewa untuk tahun ini, HABIB membawakan tema ‘Ignite The Spark’ dengan melancarkan seleksi barangan kemas baharu serta rekaan unik dan multi rona memikat. Menggarap reka bentuk tanglung, yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat Cina, HABIB tampilkan koleksi Lanterna dari Oro Italia 916® yang diinspirasikan daripada hiasan ini.
Direka dalam warna merah, emas, merah jambu dan hijau iaitu warna yang dipercayai membawa keuntungan kepada masyarakat Cina. Rekaan ini diperbuat daripada emas kuning 916 yang dihiasi dengan juraian indah, opsyen terbaik melengkapi penampilan kala meraikan perayaan istimewa ini.
Menyemarakkan lagi koleksi perayaan kali ini, HABIB tampilkan koleksi berlian yang diilhamkan daripada bunga api. Percikan bunga api yang kerap kedengaran sewaktu musim perayaan, menandai kemeriahan suasana sambutan perayaan itu. Maka itu, HABIB hadirkan koleksi barangan kemas yang teliti pembuatannya dan menghasilkan ilusi percikan bunga api yang sempurna. Menyematkan berlian dan batu permata delima, menyimbolkan keindahan dan kesempurnaan yang tiada tara. HABIB turut mencadangkannya sebagai bingkisan buat mereka yang teristimewa.
Tentu sahaja, penampilan sang wanita bertambah seri, pabila koleksi Oro Italia 916® menghiasi leher dan telinga. Menjadi rangkaian mahakarya perhiasan yang tak terduga juga memukau.
Artikel berkaitan: Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik