Burberry Menerapkan Imaginasi Dari Perubahan Suasana Langit Dalam Koleksinya - Glam Malaysia

Burberry Menerapkan Imaginasi Dari Perubahan Suasana Langit Dalam Koleksinya

Burberry memberikan nafas baharu dengan konsep perubahan suasana langit dari matahari terbenam hingga matahari terbit pada koleksi kapsul Constellations 

Burberry memperkenalkan koleksi kapsul Constellations baharunya sempena meraikan keharmonian dan irama kehidupan. Koleksi itu, yang direka oleh Ketua Pegawai Kreatif Burberry, Riccardo Tisci, merakam perubahan suasana langit, dari matahari terbenam hingga matahari terbit. Ini membuatkan koleksi ini tampak lebih natural dan lebih bersahaja dalam berfesyen. Koleksi yang beralih daripada potongan yang tampak selesa dan santai kepada reka bentuk yang menawan, sesuai untuk di gayakan ke majlis khas. Tiga warna yang mencuri perhatian iaitu :

 Ombre kuning air vanilla

Warna palet dalam dress ini adalah gabungan warna yang berbeza tetapi ia saling melengkapi kerana warna kuning air vanila pada rekaan tersebut dapat mengambarkan ketenangan. Warna set ini bakal membuat anda tampil lebih natural kerana warna palet yang lembut dan sedikit ombre terang memberikan ketegasan dalam pemakaian set ini. Beg tangan berwarna hitam dan sedikit sentuhan berwarna keemasan menyerlahkan lagi warna kuning cair yang lembut itu. Gayakan dengan yakin and you are ready to go !

Maroon gelap

Gambaran warna ini memberikan warna siang yang berjerebu merah maroon gelap membangkitkan momen matahari terbenam. Dress ini menyerikan lagi si pemakai yang berkulit cerah, sawo matang dan gelap kerana warna maroon dengan kombinasi perincian berwarna kuning yang membuatkan dress ini lebih menonjol dan bergaya pada satu masa yang sama. Beg tangan bergancu TB yang berwarna kuning keemasan menonjolkan lagi seri pada beg tangan ekslusif ini.

See also
Trend Kuning Mentega Wajib Cuba Musim Ini: Warna Paling Menggiurkan

Ombre navy ke biru

Set ini memberikan kesan ombré merentangi navy ke biru bunga jagung lembut mewakili peralihan ke petang dengan suasana yang menenangkan. hanya dengan sedikit aksesori anda akan lebih yakin dengan mengayakan set yang indah ini. Beg tangan yang turut sama mengikut warna ombre biru ini dapat dipakai dalam dua gaya kerana ia juga dapat digayakan silang ke badan.

Artikel berkaitan: Mengolahkan Cinta & Sustainability Dari Koleksi H&M