HOT SUMMER LOVE! 3 Koleksi Musim Panas Pilihan GLAM - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
HOT SUMMER LOVE! 3 Koleksi Musim Panas Pilihan GLAM

HOT SUMMER LOVE! 3 Koleksi Musim Panas Pilihan GLAM

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

FENDI ‘ASTROLOGY’

FENDI memperkenalkan koleksi kapsul Astrologi: koleksi khas pakaian renang dan pakaian pantai yang dicipta untuk setiap individu berasaskan bintang zodiak dan karakteristik unik. Keseruan gaya yang terkandung, menampilkan himpunan pakaian dan aksesori bersesuaian saat beraktiviti sehari-hari penghuni kota dan kaum urban. 

Dengan menampilkan koleksi ikonik dari arkib FENDI musim bunga/panas 1990 dan musim bunga/panas 1993, bersama kod utama yang dihasilkan oleh Pengarah Artistik Couture dan Womenswear, Kim Jones, merupakan gambaran masa lalu dan masa kini FENDI, melahirkan koleksi kapsul eksklusif untuk stail musim panas akan datang. 

Suasana berpantai juga liburan kota, koleksi ini nyata terinspirasi summer getaway bersama sahabat terdekat. Yang menampilkan warna putih, merah jambu, brown, jingga, hitam dan elemen zodiak serta cetakan astrologi ilustrasi oleh Karl Lagerfeld. 

Sebagai inspirasi gaya musim panas di tahun mendatang, beg shopper rafia, di samping beg bucket FENDI Step Out balutan kulit atau jerami difungsikan sebagai wadah penyimpanan. Menawarkan saiz medium dan mini, memberi sisi keanggunan yang kuat, maka tambahan sulaman logo FENDI dalam jacquard FF atau bahagian dalam berjalur memperkuat citra wanita urban yang moden. 

See also
Sembang Fesyen: Yasmin Ramli