Himpunan Fesyen Lindsay Lohan Buat Press Tour Freaky Friday - Glam Malaysia

Himpunan Fesyen Lindsay Lohan Buat Press Tour Freaky Friday

Dari memori silam ke pentas fesyen moden, Lindsay Lohan kembali mencuri tumpuan dengan penampilan yang cukup memukau serta deretan fesyen yang cukup mempersonakan ketika jelajah medianya buat filem terbaru ‘Freaky Friday’.

Kembalinya Lindsay Lohan ke layar perak menerusi filem Freaky Friday bukan sekadar kebangkitan karier, tetapi juga simbol evolusi seorang figura pop budaya yang pernah menjadi kegilaan ketika di era 2000-an. Sepanjang jelajah media filem ini, Lindsay tidak hanya tampil menawan, dia tuurt membawakan naratif visual yang mencerminkan memori silam, personaliti terkini dan penghormatan terhadap ikon fesyen lain. Setiap satu busana yang digayakan menyingkap cerita, dari kenangan filem remaja ke gaya couture moden yang lebih matang dan penuh karakter.

Deretan Penampilan Lindsay Lohan Ketika Press Tour ‘Freaky Friday’ Mengimbau Memori Fesyen Ikonik

1. Dress Lavender Ludovic de Saint Sernin, Busana Ikonik Freaky Friday (2003)

Untuk tayangan perdana Freakier Friday di UK, Lindsay Lohan tampil penuh pesona memadukan dress labuci lavender rekaan Ludovic de Saint Sernin. Rekaan itu bukan sekadar memukau dari segi rupanya, malah menjadi versi couture yang dinaik taraf dari dua persalinan ikonik warna ungu yang pernah digayakannya dalam filem asal Freaky Friday (2003). Gaun dengan siluet potongan halter yang terletak kemas ini dihiasi perincian bersulam metalik, menyerupai motif renda bunga yang pernah muncul dalam versi asal. Lindsay menambahkan elemen playfulness namun chic dengan beg gitar berkilauan Judith Leiber, nyata membawa sentuhan nostalgia yang menyegarkan seperti mengimbas kembali watak Anna Coleman yang lantang dan berjiwa muzik.

See also
Ini Era Sharifah Rose

2. Set Tweed Balmain Berona Kuning, The Parent Trap

Dalam satu penampilan yang sarat nostalgia, Lindsay memilih set tweed rona kuning dari Balmain yang segera mengingatkan peminat kepada karakter Hallie Parker dari filem ‘The Parent Trap’. Potongan jaket yang rapi dan skirt mini memberi sentuhan preppy klasik, namun dengan gaya moden yang diperhalusi. Ia menjadi momen penuh sentimental, seakan throwback moment yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga penuh makna untuk generasi yang membesar bersamanya.

3. Dress Tutu Jacquemus, Homage Kepada Carrie Bradshaw

Bersifat eksentrik tetapi tetap elegan, Lindsay memberi penghormatan kepada watak Carrie Bradshaw dengan menyarung gaun tulle gaya tutu dari Jacquemus. Gaun ini menonjolkan potongan mini dan struktur dramatis yang menggambarkan sisi playful dan penuh flair. Gaya ini menyatukan dunia filem dan fesyen dalam satu siluet yang menarik perhatian, lantas menjadikan Lindsay kelihatan seperti bintang Broadway yang turun ke jalan kota.

4. Cheongsam Kontemporari Roberto Cavalli

Mempersembahkan gaya timur dengan nafas couture, cheongsam mini sentuhan Roberto Cavalli yang digayakan Lindsay adalah gabungan sensualiti, nostalgia dan ketelitian rekaan. Potongan kolar tinggi dan slit sisi memberi sentuhan tradisi, namun disuntik unsur moden menerusi fabrik bercorak flora eksotik dan potongan berani. Ia adalah gaya yang menghormati budaya tanpa mengorbankan identiti fesyen semasa dan turut menggambit kenangan buat Lindsay ketika berlakon dalam filem ‘The Parent Trap’.

See also
Parti Tahun Baharu, What To Wear?

Artikel Berkaitan: Dermatologist Kongsi Rahsia Kecantikan Lindsay Lohan

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.