Use your ← → (arrow) keys to browse
7. Zoe Saldana
Pemenang Anugerah Oscars, Zoe Saldani hadir dengan penuh anggun dengan busana daripada custom Thom Browne. Korset bergaris hitam yang kelihatan seperti diukir pada badannya, ditambah dengan dress putih yang bernada feminin. Korset dengan perincian butang putih di bahagian tengah ke bawah, seiring dengan di bahagian lengan serta butiran yang menampilkan kolar baju yang tajam menjadi detailing yang ternyata membawa penampilan Zoe kelihatan cukup menawan.
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.