Halston, Kisah Menarik Tentang The King Of Nightlife - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Halston, Kisah Menarik Tentang The King Of Nightlife

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saat kemuncak dekan 70-an adalah kehebatan aktiviti malam di New York. Biarpun banyak kes jenayah yang berlaku pada dekad itu, itu tidak langsung menakutkan orang New York untuk berparti sakan. Halston dilabel sebagai The King of Nightlife dia New York. Dia sering menganjurkan parti-parti besar buat rakan selebritinya di kelab malam paling ikonik, Studio 54. Antara parti yang cukup terkesan sehingga kini adalah apabila Halston menganjurkan sambutan hari jadi ke 32 buat Bianca Jagger yang merupakan peminat setia fesyennya. Jagger masuk ke Studio 54 dengan menunggang kuda serba putih, laksana dewi dan lantai dansa pula dipenuhi dengan penari lelaki. Usai kelab tutup, segerombolan mereka pasti akan singgah ke rumah peribadi Halston yang terletak di 63rd Street untuk sambung parti.

Parti hari jadi buat Bianca Jagger di Studio 54
halston
Halston, di acara sambutan harijadi Elizabeth Taylor yang ke-46 di Studio 54

Pautan Berkenaan: The Exceptional Lady