Use your ← → (arrow) keys to browse
Pada dekad 60-an dan 70-an, apabila pereka fesyen lain seperti Oscar De La Renta memberi servis kepada golongan atasan New York, Halston pula cuba lari daripada bayangan itu. Dia tahu yang hanya menjadi sebagai pereka fesyen buat society bukan dunia yang dia mahukan. Lantas Halston mencipta dunia imaginasinya sendiri. Dia selalu dikelilingan oleh pada isteri orang-orang kaya juga selebriti kelas A seperti Liza Mennalli dan Elizabeth Taylor. Selain itu, pereka fesyen ini juga sering didampingi oleh peragawati yang bermacam-macam bangsa dan mereka ini dikenali sebagai The Halstonettes. Kelompok model ini diberikan namanya itu oleh Andre Leon Telley. Antara Halstonettes yang popular adalah Pat Cleveland, Karen Bjornsen dan Anjelica Huston.