Vivy Yusof, A Grand Passion
Vivy Yusof, A Grand Passion

Vivy Yusof, A Grand Passion

Berbekalkan tekad dan semangat yang mendorongkan sukses peribadi juga syarikat, Datin Vivy Yusof, 35, senantiasa mendahagakan rincian pengalaman baharu.

Sekali gus, Vivy Yusof dilihat memperkasakan diri tanpa henti dalam menjadi pemain industri ‘modest fashion’ yang bukan saja tertakluk di rantau ini. Bahkan merentasi lima lautan dunia, membelahi tujuh benua dengan samuderanya yang teguh berlayar pergi dan kembali.

pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang rencana ZUHAIRIE SAHROM pengarang fesyen & penata gaya JOHAN KASSIM arahan seni AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM gambar CHEE WEI solekan KHIR KHALID penata hijab NAZLIVINGASTYLE
Vivy Yusof, A Grand Passion

DRESS & SEPATU, PRADA & GELANG, TIFFANY LOCK BANGLE BALUTAN EMAS KUNING, TIFFANY LOCK BANGLE BALUTAN EMAS ROS BERTATAH BERLIAN PENUH PAVÉ, TIFFANY LOCK BANGLE BALUTAN EMAS ROS. BARANG KEMAS TIFFANY & CO.

Vivy Yusof menginspirasikan kelompok wanita hari ini. Mendalami ceritera ini GLAM mengajukan persoalan, “Sekiranya diberi peluang, apakah satu stigma tentang wanita yang ingin diubah oleh Vivy?”

See also
Kempen Heritage MCM AW23 Dibintangi Oleh Cindy Crawford

Wanita adalah insan yang lemah. Oh tidak sama sekali. Dalam pada kita memperincikan rencana rumah tangga, menjaga suami juga tidak terlepas sama membesarkan anak-anak; kita turut berpeluang membantu serta melengkapi sisi kewangan keluarga dengan berpunya kerjaya masing-masing.

Bukankah stigma itu ternyata tersimpang, bahkan kekuatan seseorang itu tidak terletak pada susuk fizikalnya sama sekali. Itu sudah pasti.

KOT, BLAUS, SKIRT, BUT TINGGI & STOKING PANJANG, VALENTINO & CINCIN, TIFFANY & CO. HIGH JEWELRY RUBELLITE TIFFANY & CO. TIFFANY SOLESTE® KUNZITE. BARANG KEMAS TIFFANY & CO.

Bagaimana pula dengan prejudis dan diskriminasi terhadap wanita yang Vivy mahu ubah jika dipertemukan peluang?

Umumnya wanita dianugerahkan dengan berpunya banyak emosi dan di tempat kerja ia bakal mengusulkan perkara yang negatif. Prejudis yang terkait dengan emosi ini adalah sesuatu yang kuat untuk dimiliki. Malah adalah sangat penting bagi seorang pemimpin untuk mempunyai emosi kerana dia boleh memimpin dengan penuh belas kasihan juga kelembutan.

Saya tidak lagi malu untuk menjadi pemimpin yang beremosi – ini kerana saya lebih terdorong mendengar susah payah perjuangan pasukan saya. Seperkara lagi, kerana emosi ini juga saya berjaya mengumpul dana lebih RM5 juta waktu pandemik melanda. Kami memulakan FV BAZAAR, satu platform bagi membantu mengiklan secara percuma perniagaan F&B di laman web kami.

See also
Dari Meja Pengarah Kreatif: Masa Hadapan Yang Cerah

Bekerja untuk pemimpin tanpa emosi ini sudahnya seperti bekerja untuk robot. Jadi orang di luar sana harus berbangga jika pemimpin mereka menunjukkan emosi. Cumanya tidak melampaui batasan dan ia bukanlah sesuatu yang buruk sama sekali.

DRESS, GUCCI & KERONGSANG, TIFFANY & CO. SCHLUMBERGER® BIRD ON A ROCK BALUTAN PLATINUM DAN EMAS KUNING 18K BERSERTA BERLIAN & AMETHYST.

I CONSIDER MYSELF AN EMPOWERED WOMAN, BUT I VERY MUCH CONSIDER MYSELF A FEMININE WOMAN — VIVY YUSOF

Apakah “Pemerkasaan Wanita?” Adakah ia mengenai kesaksamaan jantina, atau lebih daripada itu?

Bagi saya, pemerkasaan wanita adalah apabila wanita mempunyai keupayaan untuk membuat pilihan mereka sendiri dalam hidup. Untuk mengejar impian mereka sendiri, apa pun impian itu. Sesetengah wanita tidak mahu kesaksamaan jantina, sesetengah wanita mahu.

Sesetengah wanita tidak mahu bekerja, sesetengah wanita mahu. Jadi ia benar-benar tentang memastikan setiap wanita ini untuk didengari dan dapat memutuskan sendiri jalan hidupnya sendiri.

Meminjam kata Coco Chanel, “Seorang gadis harus tahu untuk memerankan 2 perkara; siapa dan apa yang dia mahukan.” Jadinya bila kita bercakap tentang pemerkasaan wanita, ia bukan tentang wanita vs lelaki. Juga bukan tentang memberi wanita kuasa ke atas lelaki, ianya adalah mengenai memberi wanita kuasa ke atas diri mereka sendiri.

DRESS, GUCCI & KERONGSANG, TIFFANY & CO. SCHLUMBERGER® BIRD ON A ROCK BALUTAN PLATINUM DAN EMAS KUNING 18K BERSERTA BERLIAN & AMETHYST. BARANG KEMAS TIFFANY & CO.

Apakah ciri-ciri wanita yang perkasa, dan bagaimana wanita boleh diperkasakan sambil mengekalkan sifat kewanitaan mereka?

Seorang wanita yang perkasa tahu nilai dirinya. Apabila anda tahu nilai diri anda, barulah anda boleh membela diri. Dan bila anda boleh membela diri, barulah anda boleh membela orang lain. I consider myself an empowered woman, but I very much consider myself a feminine woman.

Saat menjalankan tugas saya sebagai pemimpin wanita yang kuat, saya pastikan untuk menggunakan semua kualiti yang Tuhan berikan kepada saya sebagai seorang wanita. Selagi wanita berpegang pada diri mereka sendiri dan tidak cuba bertindak seperti atau kelihatan seperti pemimpin lelaki, nescaya sifat kewanitaan ini bakal terpancar kerana ia sudah menjadi sifat anda.

  • Baca artikel penuh GLAM Pesona Vivy Yusof dalam edisi Jan/Feb 2023.