GLAM Persona: Che Puan Juliana Evans On Motherhood, Movies and Mily - Glam Malaysia

GLAM Persona: Che Puan Juliana Evans On Motherhood, Movies and Mily

Menelusuri kembara ke Istanbul, GLAM membawakan visual eksklusif buat isu kembara edisi 2021. Mendakap Sejarah Islam Turki Uthmaniah bersama pelakon merangkap pengasas label aksesori Jevans Jewelry; GLAM memotretkan sampul hadapan ketiga kalinya bersama Che Puan Juliana Sophie Evans.

PENGARANG KREATIF: AIZAT AIDID PENGARANG RENCANA: ZUHAIRIE SAHROM GAMBAR: CHIN TOO SOLEKAN: KHIR KHALID DANDANAN: HAIR MENU WIGS BARANG KEMAS: CARTIER PENYELARAS: YANA BAHARUDIN TERIMA KASIH TURKISH AIRLINES & TURKISH TOURISM

Disember adalah bulan penghujung tahun yang senantiasa berselubung memori manis buat para penduduk dunia. Selautan manusia sudah berpunya rencana untuk keluar bercuti bagi merehatkan sejenak minda. Sama ada, memanjakan diri dipukul lembut bayu laut, mahupun, memeluk kedinginan salju di negara asing… Paling utamanya, rincian detik indahnya bakal diluangkan bersama famili atau teman rapat. Terus, menyaksikan magis Hari Natal yang bakal disambut lebih dua bilion individu daripada kira-kira 160 buah negara. Juga, seluruh dunia bakal berhimpun bagi menyambut kedatangan tahun baru tanggal 31, perencaannya jauh sekali bergelumang kebimbangan. Hanya temetrai saat kegembiraan, cumanya tahun ini kita sekali lagi bakal meraikan kelibat tahun baru dalam situasi norma baru ekoran pandemik. Menjaga jarak fizikal juga menghadkan kehadiran tetamu pada satu-satu masa sudah pasti dituruti.

See also
Fesyen Selebriti Terbaik Di BAFTA Film Awards 2024

Jika sebelum ini GLAM berpeluang menerbangkan Marion Caunter dan peragawan tersohor negara; Iky Nor menginap di Bulgari Resort Bali buat isu eksklusif keluaran bulan November 2009. Kemudian, menakluki himpunan haute couture Chanel bersama peragawati unggul tanah air, Tinie untuk coretan khusus isu Januari 2010 di Paris; serta Isu Platinum Neelofa juga di Paris. GLAM juga berkesempatan untuk menerbangkan bekas ratu cantik negara, Deborah Henry ke Tokyo dan Gwen Lu ke Marrakesh. Sementelah itu, berhasil menerbitkan dua edisi eksklusif Jakarta, satunya menampilkan Tamara Bleszynski buat isu Jun 2006, kemudian edisi Mac 2017 bersama Raline Shah. Menutup tirai 2021, GLAM mendedikasikan isu Disember tahun ini dengan kembara mendakap Sejarah Islam Turki Uthmaniah lalu berpeluang melewati minggu fesyen di Istanbul bersama pengasas label aksesori Jevans Jewelry Che’ Puan Juliana Sophie Evans. Menelusuri kembara ke Istanbul ini, kami merakamkan visual eksklusif buat isu kembara terkini, secara tidak langsung memotretkan sampul hadapan kedua pelakon tanah air ini bersama GLAM.

SUBANG CARTIER & BLAZER VERSACE

Tampil menerusi filem terbaru terbitan Red Communications, Sa Balik Baju menampilkan Juliana Evans sebagai Myra yang ditayangkan di laman penstriman Netflix bermula 21 Oktober 2021. Karya empat penulis dan pengarah Wanita ini memaparkan enam cerita berbeza yang turut dibintangi Nadiya Nisaa, Mira Filzah, Kaka Azraff, Sarancak dan Elena Moujing. “Menjadi salah sebahagian daripadanya, adalah satu perkara yang sangat saya banggakan kerana saya menyokong hak asasi wanita. Melakonkan watak blogger kecantikan Myra, ia watak yang jarang dibawa ke skrin layar. Saya boleh kata, saya adalah seorang aktor yang memilih skrip atau tawaran lakonan. Jika karakter itu menjatuhkan keperibadian seorang wanita, saya tolak bulat-bulat,” tutur graduan ijazah dalam jurusan Filem, Video dan Pengajian Media di Western Michigan University, Amerika.

See also
YM CHE PUAN JULIANA EVANS

MOTHERHOOD: MOST EMPOWERING PART OF MY LIFE

Tambahnya lanjut, “Tidak dinafikan, menjayakan watak lakonan dalam sesuatu drama bakal menaikkan nama seorang aktor itu. Namun, saya tidak diprogramkan untuk mengejar populariti semata-mata. Saya punya visi tersendiri untuk mengorak langkah profesional dalam lapangan seni ini. Biarlah apa yang orang bakal kata kerana sebagai seorang anak seni saya percaya; kita sebaiknya didik penonton untuk hargai bakat kita, bukan sibuk buat duit. Platform yang diberikan dipakai guna untuk menyampaikan mesej positif buat cerminan masyarakat. Jika drama itu tidak mengangkatkan martabat wanita, saya jauhi. Watak seperti ibu tunggal yang mengejar kerjayanya dalam pada masa yang sama memerankan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak adalah watak yang saya dampingi. Lantas, memberi aspirasi buat penonton di luar sana,” terang anak jati Selangor ini.

“Penggambaran Sa Balik Baju bermula sekitar bulan Julai dan Ogos tahun ini. Filem ini tidak mengambil masa produksi yang lama. Watak yang saya lakonkan hanya mengambil tiga sehingga empat hari kerana karakter dalam filem ini berbagai dan setiap pelakonnya pula punya jalan penceritaan yang berbeza-beza. Pada awalnya kami tidak pasti dimanakan filem ini bakal ditayangkan. Hanya, dimaklumkan setelah siap semuanya dan yang pasti hampir setiap footage lakonan tidak dipotong. Saya agak terkejut dengan sambutan menggalakkan yang diberikan penonton tempatan. Kami menerima banyak sokongan positif daripada penonton yang bukan sahaja dari kalangan wanita, malah juga dari lelaki. Jalan ceritanya sedikit sebanyak mengimbangi kehidupan normal seseorang di luar sana. Saya suka memerankan watak seperti ini, bukannya watak seorang wanita yang lemah, menangis dek ditinggalkan suami ingin berkahwin perempuan lain. Alhamdulillah karakter Myra terkait rapat dengan saya kerana saya pernah mengandung dan melahirkan cahaya mata. Saya mengalami situasi yang lebih kurang sama, jadinya membuatkan saya memahami emosi mereka dan motivasi dengan lebih mendalam,” terang anak bongsu dari tiga beradik ini.

See also
GLAM Persona: Most GLAM & Alpha Men 2021

Baca lanjut dalam GLAM Disember 2021

Pautan berkenaan: GLAM Persona: Mimi Lana Rewriting Her Script