GLAM Mendekati Barisan Pereka Fesyen Generasi Kreatif Kini - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

GLAM Mendekati Barisan Pereka Fesyen Generasi Kreatif Kini

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ryan, Huntilanak

1. Apakah detik pertama dalam hidup yang membuatkan anda sedar bahawa fesyen menjadi matlamat dan kerjaya yang dipilih?

Pada awalnya, fesyen bukanlah perancangan utama kerana saya bercadang untuk melanjutkan A-levels selepas tamat persekolahan. Namun, dorongan ibu untuk meneroka bidang seni telah membuka jalan ke arah sesuatu yang lebih kreatif. Program rekaan fesyen di The One Academy menarik perhatian saya dan keputusan spontan untuk mencuba, akhirnya menjadi permulaan perjalanan saya ke dalam dunia seni fesyen.

2. Apakah kekuatan buat identiti jenama yang cukup anda banggakan?

Buat masa ini, saya paling berbangga kerana identiti dan naratif jenama ini berakar kuat pada budaya, mitos dan folklor. Huntilanak bukan sekadar tentang pakaian, tetapi tentang membina komuniti melalui kolaborasi bersama artis, penggiat kraf dan kreatif dari pelbagai bidang. Dengan mengangkat suara mereka dan menyulam karya seni ke dalam helaian busana, jenama ini hadir dengan kedalaman, keaslian dan rasa kebersamaan yang amat saya hargai.

See also
Kunci Pilihan Busana Pengantin Dari Jovian Mandagie

3. Sebagai seorang pereka fesyen generasi kini, apa perkara paling ingin anda cabar dalam naratif industri hari ini?

Sejujurnya saya tidak pernah berniat untuk mencabar apa-apa dalam industri. Saya hanya menginginkan untuk hasil karya saya diminati dan berharap orang lain turut merasainya. Bagi saya ia tidak perlu terlalu kompleks, cukup sekadar mencipta rekaan yang benar-benar jujur dengan diri sendiri.

4. Siapakah muse atau ikon yang anda impikan untuk memakai rekaan dan mengapa?

Siapa yang terlintas di dalam fikiran saya ialah FKA Twigs. Saya mengagumi gaya dan karakter yang membawa dirinya, bagaikan seekor sesumpah yang mampu berubah melalui fesyen dan persembahan. Kebebasan serta kreativiti itu adalah apa yang saya mahu rekaan saya wakili. Selain itu, Erykah Badu dan Lisa BLACPINK juga antara muse yang saya idamkan.

5. Fesyen adalah …

Fesyen adalah segalanya tentang proses kreatif dalam menghasilkan sesuatu pakaian. Daripada eksperimen, sesi menjahit hingga ke sentuhan perincian yang rumit, ia sarat dengan himpunan kerja, budaya dan pengorbanan dalam setiap helaian yang dipersembahkan.

See also
GLAM FIRST: LOUIS VUITTON CRUISE 2023 #LVCRUISE

Artikel berkaitan: Sentuhan Karya Pereka Fesyen Wanita Generasi Kini

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.