GLAM It Girl: Nina Amin
Nina Amin mencipta nama untuk dirinya dalam industri hiburan sebagai model dan pempengaruh digital apabila Nina dinobatkan finalis Dewi Remaja untuk edisi 2019.
Gadis ini juga dikenali dengan rupa paras manis dan gaya fesyen yang anggun. Kehadirannya di media sosial sentiasa menawan perhatian bukan sahaja dengan penampilannya yang menarik, tetapi juga dengan personaliti yang tersendiri.
1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.
Introverted, adventurous dan seseorang yang menikmati kesederhanaan dalam hidup.
2. Siapakah wanita yang memberi inspirasi kepada anda dalam industri dan mengapa?
Orang yang saya temui atau bekerja dengan saya secara peribadi. Daripada pereka fesyen tempatan, pengarah kreatif, jurufoto atau juruvideo dan juga orang yang bekerja di belakang tabir. Saya gemar melihat cara minda artistik mereka berfungsi, daya tahan dan betapa gigihnya mereka, sentiasa memberi inspirasi kepada saya untuk mencipta lebih banyak lagi dan melakukan lebih baik dalam perkara yang saya lakukan.
3. Apakah prinsip yang anda pegang dalam kehidupan anda?
To live in the moment. Memberi kasih sayang kepada keluarga dan orang tersayang, sentiasa membantu orang lain pada bila-bila masa yang anda boleh, jangan berhenti belajar, kekal rendah diri dan sentiasa berbaik sangka. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.
4. Namakan salah satu trend fesyen kegemaran yang selalu anda gayakan?
Saya gemar untuk menggayakan penampilan preppy academic. Ia sentiasa selesa dan mudah untuk digayakan dengan hanya item asas dalam almari pakaian anda.
5. Any favorite purchase recently? If yes, what it is?
Ia mungkin jaket varsiti ungu Carhartt yang saya beli di Jepun pada awal tahun ini. It was such a steal!
6. What’s next for Nina?
Saya bersyukur dengan perkara yang saya lakukan sekarang dan saya pasti ingin meneroka lebih banyak perkara yang akan dibawa oleh perjalanan ini kepada saya. Mungkin mengembangkan kerjaya peragaan saya di luar negara atau menceburi sesuatu yang baharu? We’ll see.
Untuk jangka masa panjang, saya masih memikirkannya tetapi saya percaya bahawa tidak mengapa untuk meneruskannya dan melihat peluang yang mungkin datang sepanjang jalan. Ia mungkin sesuatu yang sama sekali berbeza daripada apa yang saya lakukan sekarang, namun begitulah kehidupan. Tiada apa-apa yang dijamin tetapi saya juga percaya bahawa segala-galanya berlaku apabila ia ditakdirkan. Jadi saya sentiasa ingat untuk mencari dan mencuba.