Gaya Trendy & On Point Yaya Zahir Pilihan GLAM

5 Gaya Quirky & Stylish Yaya Zahir Pilihan GLAM

Yaya Zahir individu yang sangat berpengaruh dalam dunia seni. Fesyen dan stail sama sekali tidak asing dalam dirinya. Apa-apa fesyen yang digayakan olehnya sentiasa nampak trendy dan on point! Ayuh lihat gaya Yaya Zahir pilihan GLAM.

Minatnya sangat mendalam di dalam dunia fesyen, seperti yang kita tahu Yaya sering memuat naik gambar fesyen OOTD di akaun instagram miliknya. Lihat sahaja di akaun media sosialnya, pasti ramai anak muda yang turut sama menceduk gayanya dan menjadikan fesyen influencer ini sebagai inspirasi mereka. Fesyen yang digayakan olehnya mempunyai aura yang sangat unik!

Yaya bukan sahaja bijak dalam mix and match malah pemilihan setiap setiap warna dan tona untuk melengkapkan sesuatu look membuatkan ramai peminat fesyen tidak keruan. Dalam pada masa yang sama, namanya sering diburu oleh jenama fesyen terkenal sama ada di antarabangsa dan juga lokal.

Walaupun jadual hariannya padat dengan pelbagai kerja serta aktiviti seperti pengacara, modelling dan lakonan, namun itu tidak menghalang dia untuk berfesyen dan bergaya!

See also
Eksklusif: Tonton Seni Pembuatan Dior Tribales

gaya yaya zahir

5 Gaya Yaya Zahir Yang Trendy & On-Point

Mari lihat penampilan Yaya Zahir yang mana setiap item fesyen yang dikenakannya diberikan nafas segar malah diaksesorikan dengan baik. Ini pilihan kami.

1. Pinky Girl!

Yaya tampak sangat anggun dengan outfit rona merah jambu. Fesyen mix and match yang dipadankan olehnya iaitu blazer bersama dengan seluar jeans kelihatan sangat trendy dan bergaya!

Tanpa kita sedar, Yaya membuktikan rona merah jambu adalah bersifat universal yang ideal untuk digayakan oleh setiap wanita tanpa mengira umur dan latar belakang.

2. Dark Vibes

Yaya kelihatan sangat classy apabila dia padankan denim jaket bersaiz baggy bersama dengan plain dress paras lutut. Tidak lupa juga dengan tas tangan yang dipegang olehnya yang kelihatan sangat klasik!

Apa yang lebih menarik tentang gaya Yaya Zahir ini adalah apabila dia melengkapkan outfit ini dengan memakai boot foldover rona biru laut yang sedang semakin popular.

3. Vintage Vibes

Vintage outfit adalah fesyen yang paling simple tetapi classy yang boleh anda cuba seperti outfit yang dipakai oleh Yaya dalam foto di bawah. Hanya memakai top putih di dalam dan seluar pendek paras lutut serta dipadankan dengan kemeja rona kuning untuk tidak kelihatan boring.

Namun, bukan itu sahaja Yaya memakai high-knee boot untuk tampak lebih berstail dan confident.

4. Ocean Blue

Hadir ke KLFW2023, gaya Yaya Zahir tampak sangat yakin dan on point dengan rona biru head-to-toe dari jenama lokal fesyen terkenal iaitu FiziWoo.

Yaya bergaya santai tetapi kelihatan sangat classy apabila dipadankan dengan kaca mata rona hitam yang klasik. Tidak lupa juga dengan beg besar berbentuk reben yang dipegang olehnya yang menarik perhatian netizen.

5. Clean White

Jika anda sudah bosan untuk memakai baju pelbagai rona, anda boleh pilih outfit rona putih seperti look Yaya di dalam foto ini.

Blazer oversize yang dipadankan dengan skirt pleated itu membuatkan Yaya tampak sangat simple tetapi elegant. Ianya umpama she nailed it on her own way! Bukan itu sahaja, dia juga memakai stocking panjang berbelang dan kasut putih untuk melengkapkan outfitnya tanpa kelihata berlebihan.

Pastinya ramai yang cemburu melihat gaya Yaya Zahir yang bukan sahaja mengikut arus trend kini, classy dan malah unik ibaratkan personaliti ini sendiri. Jangan risau jika anda tidak pandai untuk bergaya, anda boleh tiru serba sedikit fesyen Yaya Zahir dan boleh dijadikan inspirasi.

Artikel Berkaitan : 5 Gaya Santai Sharifah Rose Pilihan GLAM