Hamparan merah di Golden Globe kali ini menyaksikan barisan bintang filem dan televisyen tampil lebih berani dengan busana yang memperhebatkan lagi personaliti masing-masing. Namun masih ada yang bersederhana dan memilih gaya yang selesa dan ringkas. Warna pilihan ramai tahun ini adalah merah dan juga kilauan cerah seperti putih, gading, mutiara dan krim. Potongan juga lebih klasik dan kemas memberikan lebih tumpuan pada rias dan juga personaliti setiap aktres.
Istimewa buat penggemar fesyen, GLAM himpunkan gaya dari permaidani merah Golden Globe 2015 yang berlangsung awal pagi tadi.