Gaya Fesyen Berani Kristy Scott - Glam Malaysia

Gaya Fesyen Berani Kristy Scott

Kristy Sarah Scott mentafsir fesyen sebagai satu bentuk keberanian mutlak di mana setiap penampilan yang luar biasa menjadi pernyataan keyakinan diri, kebebasan ekspresi dan keseronokan untuk memiliki gaya sendiri tanpa takut dinilai.

Dalam dunia fesyen yang sering dipenuhi peraturan tidak bertulis, Kristy Sarah Scott hadir dengan satu sikap yang segar dan berani. Setiap penampilannya, sama ada di acara rasmi atau dalam rutin harian mencerminkan keyakinan untuk menjadi diri sendiri tanpa kompromi. Bagi Kristy, fesyen bukan soal kelihatan sempurna, tetapi tentang kebebasan berekspresi dan keberanian untuk “own it” sepenuhnya. Sikap inilah yang menjadikan gaya-gayanya sentiasa mencuri perhatian, luar jangka dan sukar dilupakan.

Penampilan Ikonik Kristy Scott

1. But Getah Inflatable Rick Owens

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kristy Sarah (@kristy.sarah)

But inflatable Rick Owens ini bukan sekadar kasut malah ia adalah satu perdebatan bergerak. Ketika Kristy terpaksa meniupnya sendiri kerana pam yang bukan jenis elektrik, fesyen bertukar menjadi aksi performatif. Siluet ekstrem dan sifat absurd but ini mencerminkan keberanian Kristy yang mana fesyen tidak perlu praktikal untuk menjadi bermakna, cukup sekadar berani.

See also
"Coach on the Move", Alami Keseronokan Musim Perayaan

2. “Beg Tangan Terbesar Di Dunia” Kurt Geiger

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kristy Sarah (@kristy.sarah)

Apabila Kristy menyarung beg gergasi Kurt Geiger, ia bukan lagi aksesori, tetapi naratif. Beg ini telah ‘mengembara’ merentas bandar Los Angeles, New York dan Houston, seolah-olah membawa keseluruhan hidupnya. Ia menjadi simbol ironi fesyen moden: besar, dramatik, dan langsung tidak meminta maaf.

3. Kot Bulu Dan Beg Pastri Ke Home Depot

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kristy Sarah (@kristy.sarah)

Untuk Kristy, membeli barang perkakasan juga memerlukan gaya. Dengan kot bulu yang dramatik, dia melengkapkan penampilan itu dengan beg berbentuk pastri di mana pilihan antara kek, roti atau pastri berbentuk angsa. Walaupun hampir tiada fungsi praktikal, aksesori ini membuktikan satu perkara. Bagi Kristy, fesyen adalah tentang keseronokan dan keberanian untuk tidak mengambil diri sendiri terlalu serius, walaupun di lorong Home Depot.

4. Set Denim Berbunga Aknvas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kristy Sarah (@kristy.sarah)

Dalam rutin harian seperti mengambil anak dari sekolah, Kristy tetap memilih drama. Set denim Aknvas yang dipenuhi bunga, dari jaket ke skirt hingga but yang mengubah perkara biasa menjadi perayaan estetika. Ia menegaskan satu perkara: keindahan tidak menunggu acara istimewa.

See also
Onitsuka Tiger AW25: Evolusi Gaya Dalam Lintasan Musim Baharu

5. Jaket Puffer Berlengan Terlalu Panjang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kristy Sarah (@kristy.sarah)

Berlengan panjang hingga menutup tubuh, jaket puffer ini mengaburkan garis antara fesyen dan fungsi. Di pasar raya musim luruh, Kristy memilih siluet keterlaluan yang mengundang senyuman dan persoalan. Praktikal atau tidak, gaya ini tetap menang dari segi keberanian visual.

6. Gaun Diperbuat Daripada Pensel

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kristy Sarah (@kristy.sarah)

Ini mungkin antara penampilan paling literal dan paling berisiko. Gaun yang diperbuat sepenuhnya daripada pensel bukan sahaja berat, tetapi berbunyi setiap kali dia bergerak. Antara kebimbangan tercucuk dan “lead poisoning,” Kristy tetap melangkah keluar dengan yakin, menjadikan absurditi sebagai bahasa fesyen.
Artikel berkaitan: Koleksi Balenciaga Fall 25 Menyingkap Sisi Estetika Fesyen Yang Berani

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.