Use your ← → (arrow) keys to browse
Menurut satu kenyataan daripada Matthew Storey, kurator pameran Historic Royal Palaces, “Pameran musim panas di Istana Kengsington ini akan memberi tumpuan kepada beberapa bakat dan rekaan terhebat warga Britain, yang hasil kerjanya sangat penting dalam membentuk identiti visual kerabat Diraja pada abad ke-20.”
Gaun perkahwinan Puteri Diana akan merasmikan pembukaan pameran di istana demi memberi penghormatan kepada mendiang.
Pada bulan Julai pula, William dan Harry akan melancarkan patung ibu mereka di perkarangan istana. Puteri Diana yang meninggal dunia pada 1997 akibat kemalangan jalan raya di Paris akan berusia 60 tahun pada 1 Julai 2021.